Isnin, 18 Januari 2016

Opal nyaris pakai pendakap gigi!


Printscreen yang aku sempat snapout dari bilik rawatan tu... [ sebenarnya dilarang keras ye untuk ambil gambar di dalam bilik rawatan tu. tapi aku lambat perasan nota amaran tu... maaf ye doktor ]

Dr. Hidayah and her team bak kata aku hari tu memang terbaekk... sehabis boleh diorang berusaha supaya Opal rasa selesa... supaya dia tak rasa takut... dan supaya dia dengan mudahnya memberikan kerjasama yang baik sepanjang prosedur dilakukan.

Hasilnya... walaupun terpaksa dibius gusinya sampai 8 kali cucuk, Opal tak meraung kuat kuat.... oh my! aku dulu baru sekali cucuk ubat bius dah macam nak histeria...

Opal just mengerang kuat... tapi tu pun kejap je... takde la nak meronta ke hape! lega mak ngko... huhu... nurse siap pakaikan spek mata hitam lagi... 3 kali dia tertidur sepanjang prosedur dijalankan. amboiii...

actually... lepas doktor ada cakap, kemungkinan Opal kena pakai pendakap gigi sebab keadaan gigi dia yang goyah masa tu... bergantung kepada keputusan x-ray!

masa ni aku pandang hasben... pendakap gigi? seawal 9 tahun? alamakkk....!!!!

FYI... gigi yang patah dah terbelah tu adalah gigi kekal... yang mana kalau tak rosak, maka tiada ganti lagi! dan untuk kanak2 semuda Opal ni, gigi depan tu amat amat penting... memandangkan kanak2 masih dalam proses membesar, gigi depan itu amat penting dalam menyokong pembentukan wajah kanak2 tersebut....

itu yg doktor pakar tu bagitau lah... selain tu... gigi depan yang cantik membantu kanak2 dalam membina tahap keyakinan diri yang tinggi... dan gigi depan yang sempurna amat penting dalam membantu pertuturan kanak2...

so... doctor, please lah do something! kembalikan semula senyuman manis lemak berkrim anak saya ni semula....



workstation yang menarik perhatian aku! di sudut yang 3 kaki je lebarnya ni, masih mampu diwujudkan ruang kerja yang kemas dan ringkas macam ni!

lepas tengok keputusan x-ray, alhamdulillah... Opal tak perlu pakai pendakap gigi, taaapi... untuk selamatkan giginya yang dah goyah tu, doktor perlu buat prosedur untuk rawatan saraf.

prosedurnya...

gigi pesakit dibersihkan terlebih dahulu... then, gusinya perlu dibius... gigi yang goyah dicabut dan lubang sarafnya dibersihkan [ mujur lah gigi Opal patah sendeng... bukan menegak! ]... proses ni memang lamaaaaaa.... sempat Opal tertidur tidur... hehe

leeeepas tu, doktor gam semula gigi yang dicabut tadi ke lubang saraf yang telah dibersihkan tadi.

oiiihhh.... ngam 4.45 petang, gigi Opal berjaya 'dibaiki'...

doktor dah bagi tau awal2 akan ada rawatan susulan selepas ni... aku redha je doktor! janji gigi Opal selamat! huhu...

petang tu doktor cuma sempat 'baiki' gigi yang terbelah tu je... gigi 1 lagi yang patah separuh tu, doktor buat kemudian.

esoknya doktor tetapkan temujanji untuk buang kapas yang ada kat gigi Opal dan repair pulak gigi yang patah tu...

dan doktor pesan, ' jangan gunakan gigi baru repair ni untuk gigit makanan yang keras! selagi saya tak benarkan, jangan pakai gigi tu...'

baik doktor! dengor tu Opal?!


perut lapar balik lepas sekian lama bertapa kat klinik pakar tu... otw balik dari klinik pakar tu, hasben bawak makan kat sini dulu.

pekena mee goreng mamak yang top kat Rasah ni... aku bedal rojak je... opal terkial - kial makan kuey teow goreng.... takut gigi 'baru'nya tu tercabut plak...

nanti aku tunjuk gambar terkini Opal selepas berjaya dibaiki tu ya! tungguuuuuu.....





Ahad, 17 Januari 2016

Dirujuk ke Klinik Pakar HTJ

Lepas eksiden petang tu, esoknya baru aku bawak Opal ke klinik gigi. seawal 8 pagi kitorang berdua dah ada kat situ dengan harapan... cepat datang, cepat lah selesai!

hmm... ramai jugak rupanya orang pepagi tu yang datang nak dapatkan rawatan. and ade sorang pakcik ( he tak ler tua sangat... about 50's ade kot ) sangat lah kurang manners..! potong Q ikut suka. aku dah 10 minit kot terpacak kat meja pendaftaran tu, elok je pesakit depan aku tu selesai isi borang... si hamlau tu terus je potong Q! cerghh... berkerak je aku pandang...


so aku pesan pada Opal... jangan tiru manners pakcik tu! respect orang yang dah beratur lama or yang lebih awal dari kita... bukan susah pon!


aku duduk hujung ruang menunggu. jauh dari 'pakcik' tu. ehh... ada ruang pameran mini kat tepi tu. nak hilang rasa sakit hati mengenangkan hal 'pakcik' tu, aku ajak Opal tengok pameran mini tu. gambar pertama tu flawless sangat hoiii...

haha... rupanya lensa handphone aku kotor ler... berminyak! lepas lap baru la clear!


dia pandang tanpa perasaan. hairan pun tak... so aku pesan ngan dia, masuk dalam jumpa doktor kang jangan nangis tau!

pandai mak ko! hehe... zaman aku dulu, nampak je kerusi camni... sekuat hati aku jerit. bahaha... takut macam nampak hantu!


last aku jumpa kerusi ni... 2009. masa tu pregnantkan Pa'el. kat klinik swasta... sekarang kat klinik gomen semua dah putih. takdo hijau camni dah...

lepas daftar tu, kena tunggu jap. sampai nurse panggil. lepas masuk bilik rawatan... nurse tu terkejut besar tengok gigi Opal yang dah terbelah tu...

'puan, kes ni kita kena refer ke doktor ye. sebab kecederaan ni nampak serius. mungkin gigi dia terbelah ke akar gigi.'

ok... tunggu lagi sampai doktor panggil. lama jugak... dah jumpa doktor, dia pun sama terkejut. susah hati pun ada. ok... ok... aku paham... cederanya serius! tengok muka doktor pun aku tau. so... doktor mintak buat x-ray sebelum dia boleh decide nak buat apa.

2 kali x-ray! pun tak dapat tengok tahap kecederaan gigi Opal... so... last choice! doktor terpaksa refer kes kitorang ni ke Klinik Pakar di HTJ Seremban...!

ooohaiii... seriusnya kes ngko ni Opal! 


Opal dah ketiduran! kesian dia... pepagi dah terpacak kat situ dengan tak sarapannya... dengan air-condnya yang sejuk tak tertahan... aku ingatkan kejap je boleh settled! rupanya hampir setengah hari.

Yang paling lama, masa nak tunggu surat rekemen dari doktor untuk bawak kes Opal ke Klinik Pakar di HTJ Seremban.

Otw nak ke klinik pakar tu, aku minta hasben temankan aku. tak tahan la menunggu sengsorang sebab masa amik x-ray 2 kali tu... Opal dah start menangis! sebab takut!

so aku rasa Opal perlukan sedikit motivasi dari abahnya. temujanji sepatutnya pukul 11.30pg tapi since pukul 11.30 pagi tu jugak baru aku dapat surat rekemen. maka doktor suruh pi lepas lunch hour...

apalagi... berdesup aku bawak Opal ke tempat keje hasben. pagi tu sebenarnya dia ada training tarik tali. petang tu pon sepatutnya dia kena pi jugakk... tapi sorry la ye! saya terpaksa 'pinjam' dia sekejap.

lepas makan, kitorang terus pi Klinik pakar. risau makcik yang jaga kaunter tu tengok kitorang. takpe cik! kitorang saje datang awal..


10 minit sebelum pukul 2, makcik tu panggil kitorang. mintak surat rekemen tu. baru ler tau, sebelum masuk ke kaunter pendaftaran tu, kitorang patutnya kena amik nombor giliran dulu kat kaunter luar. 

Memang ada 1 kaunter kat tepi tangga sebelum ke klinik pakar gigi tu tapi sebab tak tau, takde lah kitorang ke situ. 

Pukul 2suku ke 2setengah, Opal dipanggil masuk. kita makpak ni ikut belakang. prosedur sama mcam kat klinik gigi tadi. check dulu. well, sama macam doktor pagi nya tu... diorang ( 1 doktor, 2 nurse ) terkejut tengok gigi Opal yang terbelah tu. same reaction... same question... and... the same answer!


same procedure... x-ray!

prosedur yang telah menyebabkan Opal menangis ketakutan masa kat klinik gigi pagi tadi. tapi kali ni berbeza... Opal tak perlu duduk dalam bilik yang besar sorang sorang... Opal tak perlu pegang x-ray film tu dengan jarinya sendiri sampai tercekik cekik macam paginya tu. [ di klinik Pakar, mereka ada alat khas untuk hold x-ray film tu... ehh.. apesal kat klinik gigi tu tak pakai alat tu tadi? ]

kesian Opal... sebab tu dia menangis!

aku plak tak dibenarkan tunggu dalam bilik x-ray tu... walaupun kat hati ni nak je aku stay... nak je aku yang tolong Opal hold that x-ray film tu with my finger!

nurse cakap, 'sinar radiasi tu tak baik untuk ibu mengandung puan!' sebab at that time, Opal sahaja yang dibekalkan baju keselamatan khas.

di Klinik Pakar tu... bilik x-ray nya kecil... lebih kecil dari klinik gigi tu. sekali masuk dengan Opal... 5 orang! perghh... bilik tu kecik je kot! 5 orang berkumpul dalam tu rasanya dah cukup sesak dah!

aku nak ikut masuk... tapi diorang tak bagi... 'tak bagus untuk orang mengandung puan! kitorang takpe... '

ngko tau... masa ni aku terpandang perut sendiri... then terpikir... apesal la dari pagi tadi nurse dok cakap macam tu? melampau sangat ke tahap kebuncitan aku ni? weiii.... tu lemak aku ler!! i'm not pregnant lahhh....!!! cerghhh... [ sape de tips untuk cairkan lemak tepu kat perut ni secara selamat? anyone..??? tips pleaseee...!!]

anyway... the doktor... her name, dr.hidayah... and her team on that day memang best lah! memang terbaekkk....


tempoh rawatan Opal petang tu berlangsung sangat lama. dari 2setengah sampai 4.45 petang! dari aku ngan hasben tunggu kat dalam bilik rawatan... sampai lah kitorang terpaksa tunggu pulak kat luar... huhu....

hasben akhirnya tak dapat la join his team untuk sambung semula his training tarik tali petang tu!
Opal needs you more! hehe...

cont next.... Opal nyaris pakai pendakap gigi!



Khamis, 14 Januari 2016

Gigi kekal anak terbelah hingga ke akar

Budak budak ni kan bila kita larang lagi dia lupa larangan kita tu. Bila dah main tu, kemain lagi seronok... pesanan mak ni kadang macam curah air kat daun keladi... haa... lebih kurang macam tu la...

gitu la Opal dengan Payel...

kalau tak, takde lah terjadi kejadian gigi terbelah dua semasa bermain..

aku baru pas amik budak budak bertuah ni dari rumah pengasuh petang tu. ohh... kejadian ni berlaku selang sehari lepas kes tayar kereta aku bocor tu.

a'ah... masa cuti sekolah hari tu. hari rabu petang... dek seronok sangat bergurau si dua beradik ni, tu yang ter'eksiden' tu...



dahhh... nampak tu? gigi dopan plak tu! udah ler gigi tu yang paling besar. kot senyum, memang nampak penuh lah... ini dah sumpik... jatuh berlago dengan jenang pintu bilik tido tu haa..


seketul patah... tah mano tah lerai ehh... pueh [puas] la cari serpihan yang patah tu. tak jumpo heihh..!

yg seketul lagi tu haaa... dah terbolah (terbelah) duo!  berdarah la kojap... lepas cuci darah tu berhenti. nasib baik! tapi... goyah ler gigi tu... aduhaiii!!

masa tu hasben takde kat rumah plak tu. so... aku amik le gambo. nak wassap..! elok je aku nak amik, dua beradik tu dah meraung menangis... pulak dahhh...!

kenapa?

jangan cakap kat abah! nanti abah marah!

hahahaaa... budak2 ni memang seriau ngan abah ehh... cer ngan omak ehh ni... marah la camno pon... lagi diorang suka dengar aku ni meleter... adeihh...

ikut kan hati, pas kejadian tu memang nak je aku marah... tapi mende dah jadi kan? kesian pulak... malam tu Opal makan roti je. takut nak makan nasi sebab takut gigi yang goyah tu luruh plak...

so... ini pesanan aku. [ lepas kejadian tu memang tak terpikir pasal ni ]...


if... kejadian seumpama kisah di atas berlaku kat anak2 anda sekelian... sila segera hantar anak ke klinik yang berhampiran... if kejadian tu berlaku selepas waktu pejabat... sila bawak anak korang tu terus ke emergency di hospital besar...!

jangan jadi macam aku... esoknya baru bawak pi klinik. pasal petang tu tak terpikir nak bawak dia ke emergency... dalam kepala ni dok fikir, klinik pergigian gomen tu dah tutup sebab masa tu dah pukul 6 lebih. tak tau pun boleh pi ke emergency terus!

so... pi cepat jangan tunggu la hooo!




Ahad, 10 Januari 2016

Tayar bocor lah!

Ini kejadian hujung tahun 2015 punya cerita. Ada lagi 2 - 3 story penghujung tahun tu yang terperam kat kepala ni. 

Ni otw nak balik. Nak hantar anak2 ke rumah pengasuh. Disebabkan dah terlambat, aku terus pi pejabat dulu pagi tu. So... anak2 semua aku angkut la sekali. Takkan nak tinggal rumah pulak kan. Hasben dah lama dah pegi kerja. 

Lepas thumbprint, aku terus hantar budak2. Masa tu la tah camne, aku dengar bunyi benda meletup. Aku pandang anak2... Masing masing pun sama cuak... " kitorang takde buat apa apa pun mak..."

Ehh.. bunyi apa tu ye?

Takkan la bumper belakang jatuh?? Takde pulak bunyi menyeret tapi musykil lahh... Driver kereta belakang tu dah terjengah - jengah bontot kereta aku. Ishh... ish... ish... hati tak sedap. Since bunyi mende meletup tu aku dah slowkan kereta dah sebenornye walaupun aku tau belakang tu kereta punya lah berderet... sori haaa...



Tengok - tengok... Haaa... tu dia... Tayar dah kempis habis. Acaner nih? Patut jalan ke tak? Sebab tempat aku berhenti tu sangat tak selamat... Dok tepi jalan yang tengah sibuk ngan kereta lalu nak pi kerja... Dengan lori kontena yang bagak bagak lagi... Semua ehh laju! 

Pagi isnin kan? Orang bz ler nak pi kerja. Aku pon, tapi dah stuck kejap kat situ. Asal lori lalu je, kereta tu pon sama goyang... Ehh takutnya!

So lepas ai wassap hasben... Aku drive jugak slow mo [ motion ]... Mengesot jugak le bawak kereta tu. Tu pon lepas jalan tu dah tak sibuk. Nasib ler kereta yang mengekor kat belakang time tu ehh...

Hantar anak2, balik rumah terus aku bawak scooter pi kerja. Sambil tu kat kepala ni dok memikir... Macam mana la boleh kempis tayar tu? Bunyi meletup tadi tu? Patut kalau meletup, tayar tu pecah lerr kan...?



So masa hasben berhenti jap lepas pusingkan jack tu [ dalam bulatan ]... Kononnya aku nak nolong ler jugak... APA??? Langsung tak bergerak jack tu! ekekekekeee.... Punya lah tak larat nak pusingkan jack tu...

Ish... ish... ish... acaner tu? Nak pusingkan jack pon tak larat! Aduhhh... ke sebab jack tu dah berkarat? huhuhu...

Last last, aku tengok je lah hasben buat. GIGIH!


Nah... Beso nut tu. Yang bulatan kat nut tu beso nya... Harapan nak tampal je tayar tu tinggal harapan je. Pasal benang tayar dah menjulur keluar dari lubang tu... Maka, memang tak boleh pakai dah. Suka tak suka, kena tukar tayar baru jugak akhirnya... 

Ish.. ish.. ish... sayang betul! Tayar tu baaaaru je tukar sebelum raya hari tu... Dahhh kena tukar balik... sobb.. sob... sobb

Tapi syukur la jugak sebab masa kejadian, tayar tu tak berkecai terus. Just berlobang je. Tokey kedai tu cakap bocor tu sebab aku langgar besi. Padahal jalan tu aku tengok bersih je.. Takde benda asing apa pon.

Syukur sangat cuma berlobang macam tu je dan masa kejadian, kereta tak hilang kawalan... Aku mampu drive dengan selamat sampai ke rumah pengasuh dengan anak2... Syukur alhamdulillah!



Rabu, 6 Januari 2016

Alat Solek Wajib Ada Bagi Semua Wanita

Alat solek? Hahaha... ada kena bahan aku ni kang kat officemate... minah scooter tiba – tiba bercakap pasal alat solek. Ekekeke...

Macam ni je lah, nak bagitau ni... walaupun aku ni hari – hari pergi balik kerja tunggang scooter tu, ia tak bermaksud yang aku ni tak pernah amik tau langsung perihal alat solek ni. Idak ye kengkawan... Jangan sangka aku tak pernah belajar cara – cara bersolek...


Sebab aku pun wanita ye! Makanya, memang tidak dinafikan..


memang menjadi impian setiap wanita untuk kelihatan cantik dan tampil menawan sepanjang masa. Lebih-lebih lagi bagi wanita bekerjaya ( maaacam aku.. hehe ) yang ingin sentiasa menjaga penampilan mereka di tempat kerja.

Selain pemilihan pakaian yang tepat, rupa paras merupakan aspek kedua yang menentukan penampilan seseorang wanita itu tampak menarik. Oleh itu, solekan yang menarik dan bersesuaian adalah penyelamat bagi ramai wanita untuk menyembunyikan wajah kusam mereka. [ Wahh... gitu! ^_^ ]

Jom kita lihat apakah alat solek wanita atau make up tools yang wajib ada bagi semua wanita!



1.    Foundation

Barangan make up yang pertama dan paling penting adalah foundation. Anda harus tahu jenis foundation yang bersesuaian dengan kulit muka anda. Misalnya, pilih foundation yang berasaskan air bagi jenis kulit muka yang berminyak agar penampilan anda kelihatan fresh sepanjang hari. [ Ini sangat penting, sebab aku pun jenis kulit berminyak. Kalau silap pilih foundation yang sesuai, muka aku mula la rasa tak selesa. Rasa berat dan tambah berkilat.. ohh no no no!! ]

2.    Compact Powder

Apa selanjutnya? Pastinya pemakaian compact powder atau bedak muka yang memberikan anda tona kulit muka yang lebih cerah. [ Ok... yang ni antara yang wajib ada dan wajib aku angkut ke sana sini. Waaajib! Buat touch up muka ni bila dah nampak berkilat sangat... ngee! ]



3.    Eye liner
Ketiga adalah eye liner. Terdapat beberapa jenis eye liner yang boleh anda pilih seperti pencil eye liner dan liquid eye liner. Pilihan aku pastinya pencil eye liner! Yupp... walaupun lamaaaaa dah aku tak pakai. ^_^



4.    Mascara
This one is optional. Tetapi, bagi anda yang menginginkan bulu mata yang lebih lentik dan panjang, pastikan anda tidak keluar rumah tanpa mascara. 



5.    Blusher
Untuk tulang pipi yang lebih menyerlah, anda wajib memakai blusher atau pemerah pipi! 


6.    Gincu Bibir
Dan alatan solek yang terakhir adalah pemerah bibir atau gincu atau juga dikenali sebagai lipstick. Bijaklah memilih warna lipstick yang bersesuaian dengan tona kulit anda. [ ohh... aku perlukan lipstick baru... memang perlu! Ohh my.... ]