Sabtu, 22 Oktober 2016

Senaman sambil duduk pun boleh

Aku kusut nih... kusut ngan saiz badan ni yang ikut suka dia je turun naik... huhu... lagi kusut ngan saiz perut ni haa... ke dopan bonar dah...

hari tu gigih ler kejap buat senaman... tapi lepas tu.... hampeih... tak istiqomah langsung lerr... lebihnya, dok mengiring tengok youtube.. ishh.. ish... ishh...

gini ler bila takde kesungguhan.. tapi lepas tu mengeluh nape perut tak kempis kempis... huhuhu... nangis ler sengsorang...

harap2 lepas ni semangat tu kuat lah sikit nak bersenam ni... bukan sebab nak kurus semata... tapi untuk kesihatan diri jugak... risau gak sekarang ni ngan macam - macam penyakit ada...


hari tu masa tengah layan youtube, dok cari cari senaman apa yang sesuai ngan aku... terjumpa pulak video tu.... senaman sambil duduk...

ada gak rupanya senaman sambil duduk ni... senaman ni sebenarnya sengaja direka khas untuk pesakit kencing manis dan warga emas yang tak mampu dah nak join senaman sederhana dan berat macam aerobik, zumba dan jogging...

bukan untuk golongan tu je... untuk orang macam aku ni yang tak sempat keluar rumah nak bersenam pon sesuai sangat... aku dah try buat... terasa betul mencungap... walau pon sambil duduk... baaaa-poloh ( berpeluh ) weihh...

agak - agak rasa nak praktik kan kat opis pon boleh yo!

bior lega urat2 yang dah tegang de stress berkerja tu.... longgar longgar kan sikit sendi yang ketat tu... best rasanya!

akan aku praktik kan.... time takde orang nengok ler... hahaha... kang ado yang terkejut pulak tengok aku exercise sengsorang kat opis tu.... heheeee




2 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Bagus juga boleh buat senaman sambil duduk...tapi masalahnya, nak buat senaman tu rasa macam susahhhhhhhhh sangta... ;-)

International Directory Blogspot berkata...

Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
Register in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
++++++
Hello! Ini bukan spam! Tetapi hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
hormatnya
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/