Ahad, 17 Januari 2016

Dirujuk ke Klinik Pakar HTJ

Lepas eksiden petang tu, esoknya baru aku bawak Opal ke klinik gigi. seawal 8 pagi kitorang berdua dah ada kat situ dengan harapan... cepat datang, cepat lah selesai!

hmm... ramai jugak rupanya orang pepagi tu yang datang nak dapatkan rawatan. and ade sorang pakcik ( he tak ler tua sangat... about 50's ade kot ) sangat lah kurang manners..! potong Q ikut suka. aku dah 10 minit kot terpacak kat meja pendaftaran tu, elok je pesakit depan aku tu selesai isi borang... si hamlau tu terus je potong Q! cerghh... berkerak je aku pandang...


so aku pesan pada Opal... jangan tiru manners pakcik tu! respect orang yang dah beratur lama or yang lebih awal dari kita... bukan susah pon!


aku duduk hujung ruang menunggu. jauh dari 'pakcik' tu. ehh... ada ruang pameran mini kat tepi tu. nak hilang rasa sakit hati mengenangkan hal 'pakcik' tu, aku ajak Opal tengok pameran mini tu. gambar pertama tu flawless sangat hoiii...

haha... rupanya lensa handphone aku kotor ler... berminyak! lepas lap baru la clear!


dia pandang tanpa perasaan. hairan pun tak... so aku pesan ngan dia, masuk dalam jumpa doktor kang jangan nangis tau!

pandai mak ko! hehe... zaman aku dulu, nampak je kerusi camni... sekuat hati aku jerit. bahaha... takut macam nampak hantu!


last aku jumpa kerusi ni... 2009. masa tu pregnantkan Fa'el. kat klinik swasta... sekarang kat klinik gomen semua dah putih. takdo hijau camni dah...

lepas daftar tu, kena tunggu jap. sampai nurse panggil. lepas masuk bilik rawatan... nurse tu terkejut besar tengok gigi Opal yang dah terbelah tu...

'puan, kes ni kita kena refer ke doktor ye. sebab kecederaan ni nampak serius. mungkin gigi dia terbelah ke akar gigi.'

ok... tunggu lagi sampai doktor panggil. lama jugak... dah jumpa doktor, dia pun sama terkejut. susah hati pun ada. ok... ok... aku paham... cederanya serius! tengok muka doktor pun aku tau. so... doktor mintak buat x-ray sebelum dia boleh decide nak buat apa.

2 kali x-ray! pun tak dapat tengok tahap kecederaan gigi Opal... so... last choice! doktor terpaksa refer kes kitorang ni ke Klinik Pakar di HTJ Seremban...!

ooohaiii... seriusnya kes ngko ni Opal! 


Opal dah ketiduran! kesian dia... pepagi dah terpacak kat situ dengan tak sarapannya... dengan air-condnya yang sejuk tak tertahan... aku ingatkan kejap je boleh settled! rupanya hampir setengah hari.

Yang paling lama, masa nak tunggu surat rekemen dari doktor untuk bawak kes Opal ke Klinik Pakar di HTJ Seremban.

Otw nak ke klinik pakar tu, aku minta hasben temankan aku. tak tahan la menunggu sengsorang sebab masa amik x-ray 2 kali tu... Opal dah start menangis! sebab takut!

so aku rasa Opal perlukan sedikit motivasi dari abahnya. temujanji sepatutnya pukul 11.30pg tapi since pukul 11.30 pagi tu jugak baru aku dapat surat rekemen. maka doktor suruh pi lepas lunch hour...

apalagi... berdesup aku bawak Opal ke tempat keje hasben. pagi tu sebenarnya dia ada training tarik tali. petang tu pon sepatutnya dia kena pi jugakk... tapi sorry la ye! saya terpaksa 'pinjam' dia sekejap.

lepas makan, kitorang terus pi Klinik pakar. risau makcik yang jaga kaunter tu tengok kitorang. takpe cik! kitorang saje datang awal..


10 minit sebelum pukul 2, makcik tu panggil kitorang. mintak surat rekemen tu. baru ler tau, sebelum masuk ke kaunter pendaftaran tu, kitorang patutnya kena amik nombor giliran dulu kat kaunter luar. 

Memang ada 1 kaunter kat tepi tangga sebelum ke klinik pakar gigi tu tapi sebab tak tau, takde lah kitorang ke situ. 

Pukul 2suku ke 2setengah, Opal dipanggil masuk. kita makpak ni ikut belakang. prosedur sama mcam kat klinik gigi tadi. check dulu. well, sama macam doktor pagi nya tu... diorang ( 1 doktor, 2 nurse ) terkejut tengok gigi Opal yang terbelah tu. same reaction... same question... and... the same answer!


same procedure... x-ray!

prosedur yang telah menyebabkan Opal menangis ketakutan masa kat klinik gigi pagi tadi. tapi kali ni berbeza... Opal tak perlu duduk dalam bilik yang besar sorang sorang... Opal tak perlu pegang x-ray film tu dengan jarinya sendiri sampai tercekik cekik macam paginya tu. [ di klinik Pakar, mereka ada alat khas untuk hold x-ray film tu... ehh.. apesal kat klinik gigi tu tak pakai alat tu tadi? ]

kesian Opal... sebab tu dia menangis!

aku plak tak dibenarkan tunggu dalam bilik x-ray tu... walaupun kat hati ni nak je aku stay... nak je aku yang tolong Opal hold that x-ray film tu with my finger!

nurse cakap, 'sinar radiasi tu tak baik untuk ibu mengandung puan!' sebab at that time, Opal sahaja yang dibekalkan baju keselamatan khas.

di Klinik Pakar tu... bilik x-ray nya kecil... lebih kecil dari klinik gigi tu. sekali masuk dengan Opal... 5 orang! perghh... bilik tu kecik je kot! 5 orang berkumpul dalam tu rasanya dah cukup sesak dah!

aku nak ikut masuk... tapi diorang tak bagi... 'tak bagus untuk orang mengandung puan! kitorang takpe... '

ngko tau... masa ni aku terpandang perut sendiri... then terpikir... apesal la dari pagi tadi nurse dok cakap macam tu? melampau sangat ke tahap kebuncitan aku ni? weiii.... tu lemak aku ler!! i'm not pregnant lahhh....!!! cerghhh... [ sape de tips untuk cairkan lemak tepu kat perut ni secara selamat? anyone..??? tips pleaseee...!!]

anyway... the doktor... her name, dr.hidayah... and her team on that day memang best lah! memang terbaekkk....


tempoh rawatan Opal petang tu berlangsung sangat lama. dari 2setengah sampai 4.45 petang! dari aku ngan hasben tunggu kat dalam bilik rawatan... sampai lah kitorang terpaksa tunggu pulak kat luar... huhu....

hasben akhirnya tak dapat la join his team untuk sambung semula his training tarik tali petang tu!
Opal needs you more! hehe...

cont next.... Opal nyaris pakai pendakap gigi!



Tiada ulasan: