Rabu, 30 September 2015

Solar Powerbank Gedebushhh

OMG! OMG! OMG! OMG!

Tak tau nak kata apa. Hari ni bersantak aku online, survey harga power bank. huhuhu...


huhuhu.......gambo pon goyang... like my heart goncang goncang tengok mende ni gedebush ke lantai pagi tadi... huwaaaaa......

rasanya raya tahun lepas kot aku beli Solar Powerbank nih... order kat member hasben. best pakai power bank ni sebab ape tau... sebab kot la payah na nak cari soket elektrik nak cas power bank, ko letak je la kat tempat yang de cahaya matahari...  trus boleh cas!

asalkan de cahaya matahari... 

taaapi... tu dah jadi sejarah le sejak pagi tadi... huwaaaa.... T_T



sejak mende ni jatuh gedebush... mende ni cuma boleh cas in je.... nak cas out ke phone TAK BOLEH!!



dah riki riki kat google... jumpe plak kat LAZADA... hohoho... de diskaun?











Jumaat, 18 September 2015

Test kelajuan blog dengan Pingdom

Jenjalan pagi jumaat, aku terjumpa ni kat blog cantik ni. 


and... found this


website untuk uji tahap kelajuan blog. i've try out and... the result is

your website is FASTER than 37% of all tested websites

miahahaha.... laju kerrr? fine!

pehni boleh test hari hari ikut suka asalkan hati puas... bahahahahahaaaaaaa....

jom ke Pingdom Tools




Rabu, 16 September 2015

Terkunci Dalam Tandas Office, OMG!

Say yes… ni bukan kisah orang lain derr… ni kisah aku! yup.. diulang… ini kisah betul betul terjadi kat aku! takdo membongak ( membohong ) ni derrr…

Baru je jadi minggu lepas. Bebudak opis puas le pesan, suh update kat blog dari lepas kejadian tu… haha… korang, ahkak tengah cari mood nak update kejadian bersejarah tu.

IMG-20150910-WA0003

haha… masa gambo ni diambil, aku masih terkunci dalam toilet tu…Disappointed smile. tu tengah korek kunci le tu.
tu Cif Mus… ‘key holder’ kitorang kat situ. sebelum jumpe pintu putih tu, de 1 lagi pintu kayu nak masuk ke tandas bersejarah ni.

Asalnya sebelum kejadian tu, officemate ajak prepare fail. de department lain nak. mau odit katanya. fine! otw nak pi bilik fail tu, aku singgah jap ke toilet. sebab rasa cam tak selesa je masa tu. takde lah aku nak memesan kat diorang pon.

mane nak tau mende camtu nak jadi.

Tandas tu tandas tak berjantina tau… maknanya, laki pompuan bleh guna. sebabtu aku selalu kunci pintu kayu tu.  lepas kunci pintu tandas yg utama tu, aku kunci plak yg pintu putih tu… tak perasan plak tombol pintu putih tu pon dah rosak. kalau yg luar tu memang aku dah lama perasan yg tombol ehh de problem. memang alert lah yg tu…

ini yg pintu putih ni, tah bile lah rosak tah. tau2 masa nak kuar dah tak leh pulas dah tombol tu… adoooooiiiiyaiiiii!!!


3 4 kali pulas pon tak mau… cerghh.. camne nak kuar ni? kat luar tu aku dengor ler suara officemate dok riuh kemain. tapi tak tau nak nyebut nama sape nak minta tolong… hahaha… time tu cam blur jap nak jerit ke hape.

tangan dok kocak2 je tombol pintu, kononnya dengan harapan jap lagi terbuka sendiri… harammmmm!!Steaming mad

geram jap, aku terajang pintu tu. tapi tak ler mengharap pintu tu pecah. kann… de yg dengar, tapi sebab orang dok kata toilet tu ‘angker’… ala… keras ler… berhantu le kata orang… orang tu wat tak reti je… Confused smile

dalam dok godek tu, skru tombol tu tertanggal le pulak… loose trus… alamakk!!! woiii… aku tak nak ler dok lelama dalam jamban tu..!! acaner nak minta tolong nih? dengar je diorang dok riuh rendah luar toilet.. masalahnye time tu tak tau nak jerit nama sape…. serius!

handphone?

haha… ni nak kabor nih… sebelum masuk toilet tu,aku pi tinggalkan hphone tu kat meja. best ke tak best tu ngko rasa?

memang tak lerr!!!

demi kelangsungan hidup, aku godek2 je tombol pintu tu kekuat… nasib baik ler de yg dengar bunyi aku godek pintu tu… wooahh… diorang dengor je aku cakap terkunci, memasing dok gelak… cheiitt!!

DSC_9569

nah… dah tebarai dah tombol tu.

DSC_9570

amik ni haaa…. rompong dah pintu…

lepas lepas dari tu, memang jadi bahan je ler aku! sabor je lerr…

balik rumah ngadu kat hasben… tapi kan, kalau pun masa tu aku de phone, aku takde call hasben dulu kot. aku call je cif aku tu… ‘ mekna! tolong!’… pehtu wasap kat group… “ korang, aku terkunci dalam jamban…. tolong!”

hahahahaaaaaa…………..

aduhaii… malu ler pulak…

nasib baik la masa kejadian tu ramai orang de kat luar tu. kot la time tu aku sengsorang je… uisshhh… tak tau nak kata lah kan…. ishh… ishh… ishh…

tima kasih kat kengkawan yang tolong aku masa kejadian tu…. Open-mouthed smile



Note :

perot kembong dari semalam… aduhaiiii…. rasa cam nak m.c je …Crying face




Isnin, 14 September 2015

Perkara Ekstrem Yang Kita Buat Untuk Dapat Lebih Petrol

Perkara Ekstrem Yang Kita Buat Untuk Dapat Lebih Petrol. Macam – macam cara orang dok buat sejak semenjak harga minyak kerap naik. Tambah plak zaman G.S.T ni… amboi!!

2898

Nak kena jimat selalu. Tak mampu dah nak berbelanja lebih. Beli . Kata harga barang turun lepas G.S.T. Tang mana tah yg turun? tak nampak pun… sedangkan telur yang takde kena – mengena G.S.T tu pun naik harga jugak. ape hal?!


Yang mana 1 agaknya korang biasa or pernah ‘terbuat’? Open-mouthed smile

Haha… admit… yang 1st tu aku banyak kali gak buat. Setitik minyak tu rugi woooo… jangan membazir…! hahaha… tapi tu lum havoc lagi. tak se’havoc’ video yg jadi viral baru2 ni.

Mungkin demi nak jimat, pemandu tu siap henjut2 kereta tu… nak bagi ruang lebih kot. alah… boleh pe kalau kita mintak balik duit baki lepas tank minyak keta tu penuh. I biasa tengok hasben buat camtu... hehe… staff pam minyak tu bagi je.

Khamis, 10 September 2015

10 jenis gabungan makanan yang dikatakan SYIOK GILER!

Ye… ye… akak tau, korang tak sabar nak tunggu akak update citer nan satu tu… sabar haaa… nanti ahkak story mory kat sini… but la ni, ahkak mau kongsi citer ni dulu.

Aku dulu pernah ler pegang title ‘budak hostel’. 2 minggu sekali baru dapat balik kampung. baru ler dapat makan sedap2. ikan tu rasa lah ikan.. ayam tu de la rasa ayam. sayur tu semenggah ler jugak. tak ler bercampur ngan ulat sayur cam kat hostel tu… lebih2 lagi sayur kacang.. perghh! ‘protein’ tambahan… bahahahahaaa…

Ikan pon kejung je… cubit2 dengan jari macam tak lepas je sebab kejung melampau…Crying face

Rasanya kalau aku baling ikan goreng tu ke tray, kompom de bunyi ‘ ktinggg..!’.. ngeee. tapi tak baik lah. aku tak ler sampai buat camtu… letak tepi elok2, sampai tepi tong sisa makanan tu, aku campak tepi. kot le de kucing yg sudi makan ikan goreng kejung tu kann…

Sambal dakwat sotong ke sambal sotong berdakwat? mana satu yang betul ek?

1st time aku makan masa dok hostel tu lah. isi sikit, kuah melambak. redha je lah makan. asalkan konyang! haa… 1 lagi, time tu diorang gemar tul supply buah pisang MONTEL. cerghh.. memang sesuai dengan nama. leh kata tiap2 hari buah tu je.

Makan plak mesti nak ngan member, kalau sengsorang, aku lebih rela naik dorm.. pehtu krohhh…krohhh..krohh…Smile with tongue out kadang member2 habis makan dulu, kadang aku yg abih cepat. depands pada lauk. kot lauk tu kena ngan tekak, lambat lah aku selesai makan. kalau lauk tu tak kena ngan tekak, jamah selagi mampu je. haaa tu yg cepat je selesai tu. hehe…

Masa dok tunggu member tu la, tercetusnya idea makan pisang cicah sambal sotong tu… haiisshh… tak sangka! boleh tahan jugak rasanya.

Tak caya, try ler rasa gabungan pisang ngan sambal sotong… atau sambal tumis ke… terbaekkk wokkk!

0bb3

Haaa… ni de lagi 10 jenis gabungan makanan yang dikatakan SYIOK GILER!!. korang boleh baca kat situ.

Aku dah baca dah. yang no. 6 tu biasa sangat dah aku makan. maklum ler.. kiterrr orang Johorrrr… stakat makan pisang goreng cicah sambal kicap tu… biasaaaa… Winking smile

Tu memang trend orang Johor dari dulu…

Pun best wokkkk…!!


Jumaat, 4 September 2015

Kekalkan Gaya Anggun Dengan ALEENA Tudung

Perghh… lain macam betul tajuk entry kali ni… Formal habis… Ha3… okey… okey… meh nak cerita sikit nih.

image

Kalau disebut sahaja nama jenama tudung Aleena pasti semua orang tahu. Apatah lagi jika ianya ditanya kepada para pencinta fesyen Muslimah tempatan. Aleena merupakan salah satu jenama fesyen Muslimah yang semakin dikenali ramai dewasa ini. Jenama ini telah melangkah dengan lebih pantas jauh meninggalkan para pesaing mereka dihadapan. Jelas membuktikan bahawa Aleena begitu komited dan bersungguh – sungguh dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jenama mereka dalam pasaran fesyen Muslimah tempatan.

Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat perubahan dan perkembangan yang begitu mendadak namun penuh bermakna dalam industri fesyen tempatan. Fesyen Muslimah terkini telah muncul sebagai antara stail fesyen yang paling trending dalam kalangan pencinta fesyen.

Kemunculan hijabista, iaitu golongan fashionista yang lebih gemar akan gaya fesyen Muslimah telah membantu menaikkan imej fesyen Muslimah tidak kira sama ada di peringkat tempatan mahupun di pentas antarabangsa. ini sekaligus telah menaikkan nilai pakaian Muslimah dalam pasaran.

Antara langkah awal Aleena yang tepat ialah mereka menyedari akan hakikat bahawa fesyen Muslimah akan menguasai pasaran Malaysia. Dengan itu telah banyak promosi dan kempen tudung wanita terkini yang diusahakan sebelum ini.
image
Koleksi Aleena Tudung Terkini sangat versatile dan boleh dipadankan dengan apa sahaja persalinan kegemaran anda. Bagi yang lebih suka imej sopan dan feminine, cuba anda padankannya dengan pakaian tradisional terkini seperti baju kurung moden.

image

Mudah je kan?

Padankan sahaja Aleena tudung terbaru dengan apa jua persalinan kegemaran anda yang selesa untuk dipakai.

Pastinya penampilan anda tampak lebih menarik dan meyakinkan. Pastinya teman – teman disekeliling anda tertanya – tanya tatkala melihat penampilan anda.

Amacam ? Menarik? Tertarik?Open-mouthed smile

Jangan risau… tudung Aleena ni boleh je pakai dengan baju kurung… baju kurung peplum… baju kurung moden… kaftan pun sesuai… jubah moden… jubah dress dan termasuk ler blouse Muslimah…

Anda suka? Apa lagi nak tunggu… jom terjah reramai ke Zalora.com. Cari je mana2 tudung yang berkenan dihati…

Klik lelaju…Open-mouthed smileWinking smile


Rabu, 2 September 2015

Cara Sambut Merdeka Paling Havoc

Giler tak havoc! tapi nanti aku citer… jap je lagi…

Ye… cam aku dah cakap awal2 hari tu… kat entry yang mane tah. tak ingat la plak. tahun ni aku kawad balik.

Cergghh… aku tak ler suka sangat nak berkawad ni.. ape lah yang best sangat… terjemur kat panas, orang sedap2 tido kat rumah… aku dah terpacak kat padang tu pepagi… lepas kawad, muka plak ‘hangus’ cam udang kena bako… ape tak terbako… berdiri plak ngadap matahari terbit…

Ngko ingat best? haha… bunyi cam tak ikhlas nau aku kawad kan? kih3… cergghhh… tak baik tak baik… tak tak… aku ikhlas. lebih2 lagi nak dapat cuti tanpa rekod… laaaaagi ikhlas… hmmm… bila nak habiskan cuti tu ek?

Owh… hari tu de dapat surat LHDN… cehhh… baru nak berharta sikit, dema ni dah kejo!

DSC_0543[1]

tahun ni gambo hari merdeka tak banyak lah… amik wat cukup syarat je. ko tengok je lah gambo asap kekaler tu… 5 rukun negara, 5 kali gak ler diorang dok letupkan bom tu… tanjat woiiii….

DSC_0547[1]

lagi sebijik… ye.. gambo asap je sekali lagi…Laughing out loud

DSC_9547[1]

pasukan kawad paling comel… yang paling ramai peminat… Open-mouthed smile

DSC_0550[1]

masa hari raptai, tetibe de 1 slot tu… brader2 askar ni berlari serbu ke pentas utama… takde announcement ke hape, lepas je diorang kat belakang tu letup bom, tetiba weiihh… tetibe depa ni semua dok bantai jerit pehtu serbu pentas…

nasib ler kitorang pon tak ikut sama…ha3… kesian sungguh kat kitorang… tercengang – cengang tengok diorng tu lari. ingatkan kenapa, rupanya dah memang camtu persembahan diorang… cergghhhh….

tapi betul la… tengok diorng reramai tu ( 1000 anggota ) belari cam nak pi masuk medan tempur tu, de la yg rerasa cam nak ikut je… tapi tu lah… takut panjat bim tu tak lepas tang pungkok… kih3… maaaalu!

taaaapi… tu semua tak leh lawan havoc budak sorang ni…

IMG-20150831-WA0007[1]

dia tua 3 minggu je ngan payel ( 6 tahun )… nama budak ni Iman… anak kak ipar aku.
nak tau ape dia buat?

IMG-20150831-WA0006[1]

ini atok kepada Iman, merangkap pak mentua aku… ngko nampak keta antik tu? tau ape dah jadi?

IMG-20150831-WA0005a

DAANNGGGGG!!!!!!!!

ye… itu ler yg terjadi… keta atok Saedin dah tersandar kek tebing bukit depan rumah tu… selepas dak Iman ‘me – merdeka - kan’ handbreak nya… Disappointed smile

nasib baik takde yang tercedera… Iman sempat lompat keluar… dan kereta tu?
terpaksa ditarik guna hilux. untungnya, kereta tu cuma kemik2 sikit je…Winking smile

begitulah caranya cucu bertuah tu sambut hari merdeka untuk tahun ini…. sekian… ha3


NOTE :
tahun ni hasben terpaksa angkut anak2 semua ke tempat keje sementara aku berbaris kat padang MPS tu.Crying faceWinking smile