Selasa, 29 Disember 2015

check up anak @KKIA yang kadang - kadang buat kita naik darah!

biasa tak kena macam tu? biasa tak dengar kengkawan sepejabat mengeluh lepas ke KKIA untuk temujanji checkup anak2 diorang?

hmmm... aku biaaaaaaasa sangat dengarrrr... dannnn... aku pon pernah rasaaaaaa macam tu masa Ami genap sebulan awal tahun hari tu. masih dalam tempoh berpantang, TERPAKSA pulak menunggu dari 8.00 pagi sampai 12.45petang... macam nak bentan rasanya duduk lelama dalam aircond tu menunggu giliran.

then baru - baru ni, terkena lagi aku.

masa check up Ami hari tu. Checkup setahun ni, nurse tu dah awal2 gtau... akan ada suntikan untuk baby. ok... aku suka bila nurse tu postpone kan tarikh checkup Ami. sebab dia kesiankan Ami pasal hari sepatutnya dia kena checkup tu jatuh pada tarikh birthday dia...

taaapi... yang amat menyakitkan hatinya adalah... aku terpaksa menunggu terlampau lama untuk dipanggil ke bilik check up dan terpaksa menunggu lagi untuk dapatkan suntikan.

aku datang pagi... 8setengah pagi. memang tu rutin checkup Ami. sebelum jumpa nurse yg jaga rekod Ami, aku kena pi daftar dulu, lepas tu kena ukur lilit dan timbang Ami. so by 9 setengah yang tu semua settled!

daaaari 9setengah tuuuu... aku terrrpaksa, macam tu jugak hasben yang malamnya tu kerja malam ye.. kami sama2 terpaksa tunggu sampai hampir pukul 12 baaru dapat jumpa nurse. bilik lain, bertalu2 no. giliran patient yang diorang dah panggil. tang nurse Ami ni tah... sakit hati nak cakap!

anak aku dah gelisah lerrrr... hasben aku dah hangin ler 1 badan sebab menahan ngantuk... so muka dia sudah bengis lah, tapi dia saaaabar demi anak!

once dah dapat jumpe nurse, kena pulak pi jumpa doktor. dah setahun kan, so kena jumpa doktor. lepas tu kang jumpa saya balik untuk dapatkan suntikan.

tu ayat nurse tu... ok! nasib ler baik, doktor tu kejap je dah panggil... kurang 10 minit, ngan doktor dah settled... so aku pi jumpa nurse tu balik macam yang dia arahkan. masa jumpa nurse tu, dia suh tunggu jap kat depan bilik suntikan sebab masa tu dia tengah ada patient. mak yang sedang mengandung.

masa ni aku terrpaksa menunggu hampir 30 minit! 2 kali aku jengah, nurse tu masih ngan patient yang sama. tak lama lepas tu, patient dia keluar. aku ingat dia datang ler kat bilik suntikan tu. ngan takde kerusi... ngan aku tak bawak pram... ngan si tembam tu yang semangat badannya... aku kena berdiri mendukung dia... ooohaiii... ngan lapar tahap kebulur!

haraammmmm...! ehh dia panggil pulak patient lain. haaa... masa ni aku tak jengah dah. tapi my hasben dah take over... memang kena!

nurse, bila boleh cucuk anak saya ni? dari pukul 8setengah tadi kitorang tunggu, sampai kul 12setengah dah ni tak selesai selesai lagi... nak tunggu berapa lama lagi? kitorang pon ada keje lain nak buat... 

lembut tapi... sendiri mau ingat lah...! depan patient, depan sister yang baju biru tu jugak hasben aku 'bagi'. thanks to my beloved hasben!

tak sampai seminit nurse tu bergegas datang, bagi suntikan kat Ami. By 12.35 petang, 10 Dis 2015, settled!




2 ulasan:

aizamia3 berkata...

Perghh.. memang menduga sungguh.
Saya tak pernah berurusan dengan KKIA sebab kali pertama mendaftar dulu saya dah terkena. Angka giliran saya diberikan kpd org lain atas alasan saya baru nak mendaftar. Dengan rasa sakit hati ya amat di tambah pulak demam masa tu, saya terus batalkan urusan di situ. Terus tukar buat urusan di hospital. Dari dulu sampai sekarang, kalau melibatkan anak2 memang tak pernah sekali pun pergi ke KKIA. Hospital pun sama, ada masa jadi jugak macam tu tapi saya lebih rela ke hospital.

skuterlady berkata...

aizamia3 : ikut nasib sebenornye mende ni. dapat nurse yang cergas buat keje tu memang seronok.. kejap je urusan dah selesai... dapat nurse yang macam saya dapat tu la yang biasa buat kita jadi sakit hati tu. ^_^'