Selasa, 7 Julai 2015

gara–gara drama M.A.I.D

salam,

amacam persiapan raya? dah lengkap ke semua?

al-hamdulillah, aku tinggal nak beli kuih raya je… persiapan lain tu? ala kadar je. de gak la beli sesikit. tapi lebih bersederhana. cuma sebab dah 2 tahun tak beli baju raya… heww… heww… maka dengan mata berkaca – kaca penuh mengharap, aku minta jugak baju kurung baru. haha

selai pun jadi le wak! dari takde…

baju lama tu dah banyak tahun asyik ulang pakai. tahun lepas aku tak beli langsung, pasal masa tu tengah sarat mengandung… rasa rugi je kalau beli baru. aku korek je stok baju jubah yg de tu.

sepanjang keje memang aku tak pakai stok jubah tu. ha.. yg tu la aku pakai masa raya…

MAID Pun Nak Raya
[ kredit gambar : sumber ]

haha…. dalam pada tak layan sangat drama2 kat tv tu…. aku terjebak jugak dengan drama adaptasi dari novel ni.

dah episod berapa dah masa tu.. tertengok kisahnya!

sebab aku jenis tak sabar nak tunggu drama berepisod camni tamat.. haha…. letih! lagi kalau drama tu jenis berat dan sarat.. ooomangg! lagi aku stress….

see…. drama berat2 kalau berjela2 macam de 1 drama kat astro tu… aku pandang lalu je. haha….

tapi drama M.A.I.D ni… terus terjebak. sanggup tu curi2 tengok kat opis. sekali je la aku buat. 1 episod je, lepas tu ‘hang’… haha

dalam dok curi2 tengok tu, ehh… ade pulak 2 – 3 orang tumpang sekaki… hehe… siap de yg beli novel lagi… tahniah le kat ngko, Nisa. siap beli novel lagi yek…

dasyat x?

balik rumah, tengok2 dah de orang record lah.. hihiii….. hasben den pon layan uiikk… ini sudah bagus…. takde la aku sengsorang je feeling2 tengok ayda jebat kena buli kat zul ariffin dalam M.A.I.D tu…heww… heww…

Nina Juren… uihh.. memang nampak jahat betul dia dalam citer ni… puan seri yg sombong…
uiihh… menjadi!Thumbs up *lama tul tak tengok dia kuar mane2 media.


Tasha Shila…? kurus nyah!!


tak cantik lah…

so far citer ni memang best. lama gak rasanya aku tunggu citer2 macam ni yg mana aku boleh duduk nonton sama2 ngan hasben tanpa rasa bersalah sebab dia pun sama layan… hahaha…

kalau tak, jgn harap lah…

kalau korang nak nonton online citer ni, meh klik sini…http://myflm4u.com/

ko taip je, semua episod ade. online ok!


Note :
tak sabar nak nonton episod raya… hewwheww….





Tiada ulasan: