Isnin, 12 Mei 2014

Misteri Cuti Hari Pekerja

hikkss..... banyak le pulak citer seram aku ni yek..

haha... korang baca je lah... layankan je kisah2 mistik  aku ni...

Kisah ni jadi masa Cuti Hari Pekerja hari tu. Mistik betul... sampai kitorang rasa cam nak gaduh je masa tu.

puncanya?

kitorang dikata tak tutup aircond pejabat masa Cuti Hari Pekerja tu... wooaarrghhh... panas beb... panas! ye... hati panas!

aku kot yg jaga tempat tu. hari2 aku je yg buka tutup air-cond kat situ. sebab suis tu betul2 dekat ngan meja aku. so secara automatiknya, aku ler yg jaga air-cond tu ngan suis2 lampu yg de tu.

tengah panas, lupe jap kisah air-cond yg on-off sendiri kat bilik t.Hassan tu.. kejap je panas, lepas tu?

SEEEERammmm...!!

sebab... kini kisah sebenarnya.

malam tu pengawal meronda keliling bangunan macam biasa. masa lalu kat bilik t.Hassan lagi dia dah dengar bunyi kipas air-cond tu. lepas tu sampai kat ruang kerja kitorang pun sama. kipas air-cond berbunyi.

so dia panggil pegawai yg incharge malam tu suh datang tengok. sok pas naik keje boleh buat laporan dan teguran.

Itu yg pegawai tu turun. dengan diiringi pengawal, diorg together gether pi spot check..... bilik mana yg tak tutup lampu time2 cuti ni... kannn...

memula tu diorang check kat tempat aku tu dulu. memang kipas air cond tengah berpusing, ngan lampu opis terang benderang... amboiii... sakan ye!

tapi sebab tingkap tu tertutup ngan bidai, pegawai tu tak dapat le tengok ke dalam opis.

'takpe encik, kita tengok bilik yg lagi 1 tu'

bilik t.Hassan... tu yg terjadi kisah kipas air-cond tu stop sendri tetiba tu.

'eh... dah tutup plak dia.. takpe encik, kita tengok balik tempat memula tadi'

cerghh... nampak relax je kan? pegawai pompuan tu...

patah balik ke tempat yg terang benderang kemain tadi tuuu kann...

'oohh... tempat budak2 nih. takpe encik... naik keje nanti saya buat teguran'

pengawal keselamatan tu berkerut - kerut dok pandang pegawai tu. tak terkata apa2 pon. kenapa? awat la officer ni relax je? agak tu la yg pengawal tu dok pikir kot... sebab

dah separuh jalan nak tinggalkan kawasan pejabat tu baru pegawai tu terpikir

macammana pulak bidai tu boleh terselak sendiri tadi? sape pulak yg selak? patut la pengawal tu pandang semacam...

haaa... seram tak? bidai tu cuma boleh selak dari dalam je ehh.... dah nak balik baru pegawai tu sedar. sebab tu masa kejadian tu dia boleh relax lagi... sebab masa tu minda dia memang zero habis

pendek kata... suci tanpa waswas.. haha...

sekian.. pengakuan ikhlas dr. p.Saridah...








2 ulasan:

nurbijen berkata...

Huwaa, tak boleh nak bayangkan.. so scary!
Teringat cerita kawan saya... dia nampak langsir gerak sendiri walau xde orang atau angin. Dengan beraninya dia cakap, "Kalau kau hantu, jangan main kat langsir tu." Terus langsir berhenti bergerak... dia pun apa lagi terus buka langkah seribu... ekkeek

skuterlady.blogspot.my berkata...

nurbijen : he3....memang patut cabut lari kalau dah macam tu....