Selasa, 7 Mei 2013

Demam pilihanraya... dah kebah?

Maaacam belum...

masih de lagi yg citer pasal kisah depa di hari mengundi...

aku pong..!

Azam sehari sebelum tu nak pi awal pagi... kul 8.00 pagi tu kononnye.. tapi...  gedebakk gedebukk... gedebakk... bukk... kul 11 baru terpacak kat meja SPR nun...


aku masuk gambo kat blog, ngah!

'masuk lerr.. bukan de orang kenal aku pun!' cehh.. eksen ngko.. mentang le aku bukan blogger popular..

takpe... aku menulis, bukan kerna namaaaa.... ( pinjam lagu Ramli Sarip jap )

tapi sib baik ngko de ngah ! kalau tak, sia2 aku pi skolah menengah tu. aku ingat mengundi kat skolah menengah.... heeee


Rasa macam back to school dah.. Ini... skolah rendah saya...tahun 1989 - 1995 gituu.


Kantin... tempat main sembunyi2 teguk air paip time2 pose duluuu... he3... mee sepinggan baru berape sen je.. air seposen...


Ni la padang... ehemm.. belakang akak baju pink tu... tu baru tul padang... dulu giler luas.. la ni dah mengecil sebab sebahagian padang tu diorg dah wat macam2. rumah guru... surau... bangunan skolah baru..??.

yg skang dah tak berapa baru..


tu bilik 3... ramai kan..? aku dapat bilik 4, ramaiii jugak!... bilik 2-3 utk veteran.. bilik 4 & utk belia.. jgan salah masuk.. mencair lemak beratur lelaama...


sementara me and my angah beratuq, budak2 tunggu kat bawah pondok tu... dah de kolam ikan dah...?

tingkat atas tu asalnya surau... tempat achik testing vokal dulu... yg bubbling... bubbling.... verbal... do... do... do re mi fa so la ti do... do... tido......krroohhhhhh.......!!!!

*result : achik berjaya di-reject dari menjadi vokalis utama kump. nasyid baju pink ketika itu... teeheee....


si kecik, " ade jaws!!!! ikan jaws oiii.. mak jawss...! tuu "

aduhaii....


dah selesai...!! jari pun dah bercalit biru.. jom ler balik...


Saje lalu jalan lama kat belakang skolah ni. senang. tak payah nak reversed kan keta segala tu. jalan terus.

Ni ler jalan yg aku selalu lalu dulu. kayuh beskal yg handle panjang macam motor harley tu... kekadang pelahan je kayuh... kekadang siap race ngan geng... tapi selalunya, beskal aku kantoi... baru nak speed sikit, rantai tercabut... haduiii...


Bahau...!

Tuan tanah dah selesai, suami belum. on the way balik tu singgah kat tempat mengundi hasben kat Pilah pulak.


Melang.... pronouns as 'may-lang'.

Tempat hasben mengundi. kejap je... tak sampai 20 minit, dia dah siap dah mengundi. takde org katanya. Yang de cuma polis, dgn 2 org pegawai S.P.R... ehh...? senangnye..!

Tak sempat pecahkan lelemak yg de..


tuan tanah.... yg kekadang je interframe... he3

-------------------------------------------------------ll--------------------------------------------------------

Tips agar dpt mengundi dgan cepat tanpa perlu beratur.. tips cara sihat... : 

- mudah je... kembungkan perut anda dengan 'orang baru'... confirm... tak sampai 5 minit korang dah bleh pangkah undi.. he3

peringatan : tips ini amatlah berkesan utk kaum wanita, utk brother2 yg kembung perut tu boleh juge try kalau nak..hehee... jgn marah haaa....

1 ulasan:

Aimaniman Ezaiza berkata...

Akak mengundi kat sekolah entah mana, sb akak 'kena buang' jauh2.. pelik, adik beradik lain, mak ayah semua sekolah lain2, jauh2 plak tu,.. apa ntah motip,..