Ahad, 10 Mac 2013

Beli rumah second - hand...?

Tips beli rumah second - hand...

1. Pastikan harga jual berbaloi dengan rumah yang akan kita beli.
 ( kena tengok keadaan rumah tu sendiri.. kalau puas hati.. boleh proceed ke step seterusnya.. )

2. Pastikan kita berurusan dengan orang yang betul.. Samada dengan tuan rumah @ wakil tuan rumah.. Sebab.. banyak kes tipu*

3. Aku suka nak tahu... Tanah rumah tu... freehold atau pajakan? Kalau pajakan... Aku gemar tengok tempoh pajakan yang tinggal dan biasanya harga rumah atas tanah jenis pajakan ni rendah sedikit dari harga rumah atas jenis freehold nih.

4. Sebelum bayar deposit, aku sangat nak tau geran rumah. Lepas dah tengok, baru boleh letak deposit. Itu pun mesti melalui lawyer...

5. Setiap proses or pembayaran, aku mesti mintak salinan... Sekurang2nya aku tau berapa kos yang aku dah keluarkan.

6. Pastikan rumah yang kita nak beli tu takde tunggakan sebab kalau ada, ia akan menyebabkan proses pembelian jadi lambat dan bertangguh dan mungkin pembeli juga terpaksa tanggung kos tambahan yg tidak sepatutnya.

( Bahagian Pinjaman terpaksa buat semakan semula tentang sejarah pembelian rumah tu yang mana biasanya akan mengambil masa agak lama untuk settle ) - PENTING!

7. Kena standby duit deposit... Biasanya 10% dari harga rumah yang nak dibeli tapi ada jugak yang mencecah 20% dari harga jualan rumah.

* Kes tipu... Ada yang dah terkena... Caranya, penipu tu mengaku dia ejen pada owner rumah yang nak dijual tu... Lepas pembeli bayar deposit, diorang tak muncul2 lagi dah... Sape yang rugi kat situ?Dah tentu lah pembeli yg rugi kan?



Note :

Bukan tak nak beli rumah baru tapi harga rumah kat Seremban town ni... Masya-Allah... Mahal dek non! Tak tercapai dek gaji aku ngan hasben yg seciput ni... Boleh bayar bulan2 tapi cukup tahun, pinggang kami anak2 beranak mungkin sama genting macam pinggang semut.. he3

Tu kami lah.. orang lain mungkin mampu beli rumah kat town Seremban nan indah ni..(",).. 200K ++... 300K ++... 500K ++ pun ada... 100K ++? coming soon.. tapi bukan rumah cam rumah taman tu... apartment! 


6 ulasan:

Kesuma Angsana berkata...

gd tips ni tq ye

iewanz berkata...

terbaik ...

cplud miera berkata...

salam kenal.. setuju dengan tips kt atas. me pon dlm proses beli rumah second hand jugak. area nilai naik dgn mendadak hrga rumah. bru je siap penilaian. folo up dgn bpp pulak. semoga urusan kami dipermudahkan. amin

skuterlady berkata...

kesuma angsana : mudah - mudahan boleh jadi panduan pada yang lain.

skuterlady berkata...

cplud miera : sekarang mungkin dah selesai la kot ( proses pembelian ) ekk?

cplud miera berkata...

@skuterlady: alhamdulillah selesai. dah start tolak bpp dh sejak bulan lepas. :)