Sabtu, 5 Januari 2013

keselamatan kereta



Tu tajuk je semata – mata. Bab hal ehwal keta ni acik bukannya tau sgt. Walaupun kekadang acik mau gak amik tau tapi lepas tu jarang2 acik dpat ingat semula..hehee

Cuma pinjam tajuk je. Tapi peh korang baca entry ni, acik harap korang paham kenapa acik letak tajuk tu.
Tadi tgah bengal2 ngadap broadband yg asyik mengaruk je ni, tetiba acik terdengar orang bagi salam kat luar.

Lelaki. Sayup2 jek sebab suara tv ni lagi kuat. 2 – 3 kali org tu bg salam. Acik jengah sikit.

Lelaki muda. Kurus tinggi. Terjengah2 gak macam acik. Apo dio nak agak ehh? Acik jawab salam dalam hati yo!

“ owner keta ni ade tak?”

Apehal pulak ni? Keta putih acik tu tengah elok bersidai kat luar pagar. Parking kecik. Muat 1 keta je.. ( bukan nak menunjuk, tapi memang acik de 2 keta. Satu kaler kunin, satu lagi yg putih tu.. ) yg kunin tu keta 1st kami. Sebab tu special sikit. Kena letak kat parking berbumbung.hee

 Nak cari keta kunin tu dulu, dah puas survey baru dapat. Tu pon lepas en.suami kena kutuk kat apek tokey keta kat bahau ( kalau tak silap ) tu. Apek tu cakap

“ apa la lu.. olang sulah talak cari lagi keta tu… itu lama punya, u angkat yg baru sikit la… yg tu lagi bagus maaa..”

Cilakak punye tokey! ( ini en.suami yg cakap dalam hati..heheee ). Ayat apek tu lebih kurang camtu lah. Sebab masa suami acik jumpe tokey tu, acik tengah sarat mengandung yg sulung. Acik dok umah je. heee. suami acik yg citerkan semula!

Balik citer tadi.

Jari telunjuk lelaki tu tuding kat keta putih tu. Hati dah cuak. Nape plak dia cari owner keta tu? Tapi acik tak ngaku tu keta acik. ( memang pun, bukan acik yg bayo tiap2 bulan dulu. Dah kata bulan dulu tadi kan? Sebab acik cakap camtu, pasal keta tu dah lama suami acik settlekan bayarannya. )

“takde!”

Muka acik memang tunjuk. Aku cuak nih!

“ bile dia balik? Lama lagi tak dia nak balik “

Ehh… apesal cibuk2 tanye nih? Acik pon tak tau bile suami acik tu nak balik, dia plak leh sibuk2 tanye.

“ a’ah.. lama lagi! “

Jawab acik. Konfiden.

“ nape ngan keta tu?”

Acik tanye plak. Mesti la nak tau kan? Ntah sape2 la…. Datang tak tau dari mana, tetibe tanye macam tu bagai..

“ ohh.. takde ape. saya nak jumpe owner keta ni, nak bagi penerangan pasal keselamatan kereta ni je…”

Huhh… nak bagi penerangan pasal keselamatan kereta la sgat. Acik tgok lelaki tu pon hati dah rasa cam tak selamat…

Fyi, ni bukan kali pertama kejadian ni berlaku. Ni kali kedua. Yg 1st, sebelum raya tahun lepas. Bulan posa 2012. 

Acik baru balik keje, tgah siap2 utk berbuka masa tu. Modus operandi sama, tapi masa tu budak lelaki gemok tu tanye pasal keta kunin acik tu. Kebetulan gak masa tu suami acik lum balik keje lagi.

Sama macam tu gak, diorg cuma dtg umah acik je,rumah orang lain tak plak diorang singgah! Tak heran ke tu?!!

2 ulasan:

Liza berkata...

Risau nya la zmn sekarng ni. Dah byk kes dgr kawan citer. Ada org luar serbu masuk dlm gate dia, larikan keta. Nasib anak2 sempat bawak msk. huhu...

lady scooter berkata...

liza: sebab tu ape2 pon kena sentiasa pastikan pintu pagar utama sentiasa berkucin, dan kena pastikan grill pintu sentiasa dikunci. jgan gantung kunci kat grill..