Rabu, 25 Julai 2012

Bertudung....or tak bertudung..

Wahh... sejak semenjak ni... isu ni hangat ye...! kekadang bile time senggang tu, rajin je aku baca citer2 kat internet ni... news... blog - blog... dan aku perasan yg lately, ramai jugak artis kita dah mula bertudung... bagus lah... kerana itu perubahan yg baik... mudah - mudahan akan ramai lagi yg tertarik utk bertudung selepas nih... insya-allah.

Korang kenal Noor Kumalasari?

Dia dulu artis terkenal....gaya fesyen dia... hmmm... macam2... kalau korang nak kenal dia...google je lah kat internet. Aku malas nak buka sejarah lampau dia... yg aku nak share kat sini... kagumnya aku dgan perubahan dia. Sangat berbeza dari zaman dia jadi artis dulu...

http://isuhangat.blogspot.com/2008/04/bagaimana-saya-mula-bertudung-noor.html

tadi aku baca kat blog tu... saje lah...sejak semenjak isu bertudung ni 'panas' macam pisang goreng! Tau tak... kalau korang baca kat situ...luahan dia.... aku dapat rasakan betapa ikhlasnya beliau bertudung...

Betapa merendah dirinya beliau selepas berhijab... betapa dia sangat menjaga pertuturannya... paling penting... dia tak pernah pon nak pertikaikan kenapa de orang tak bertudung...dll.... sebab ape? Dia faham... dia faham sebab sebelum ni dia pernah mengalami pengalaman itu. Tiada pertikai yg dia buat ke atas orang lain yg belum berubah seperti dia..........

Tetapi dia sentiasa mendoakan supaya mereka - mereka itu dapat berubah ke arah yg lebih baik sebagaimana dia.... pada aku...itu la yg sebaiknya...

Berubah biar ikhlas kerana Allah... berhijab ikhlas kerana Allah... mudah - mudahan keikhlasan itu juga sentiasa bersama aku sepanjang aku berhijab ni...dan... mudah - mudahan juga ke-ikhlasan itu sentiasa bersama aku dalam setiap perbuatan dan ibadah yg aku lakukan... insya-allah......

1 lagi... sikap rendah diri Noor kumalasari selepas berhijab dan kecintaannya pada Allah... aku kagum dgan itu..........................................................

2 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum syu...moga kita ada sifat2 seperti Noor Kumalasari ini..

skuterlady.blogspot.my berkata...

maszull : insyaallah kak! ;-)