Isnin, 9 April 2012

Ada 'benda' menumpang - mistik

" Ada 'benda' menumpang di badan saya... "

Pengakuan Pelakon Tv Popular abpbh yg ke-25, Fizz Fairuz. Sebab tu lerr kalau kita tengok badan dia masa ambil piala malam tadi, nampak susut. Nak tau citer lanjut, korang boleh baca kat sini --> gua.com.my

Itu citer Fizz Fairuz. La ni citer sorang kawan aku. Korang taukan filem Hantu Bonceng tu? hi3... sila bayangkan semasa korang baca entry nih....

De la hamba Allah ni dengan bike dia....

Kisahnya, bike tu baru jer dia beli. 2nd hand tapi masih bagus.

hari2 ler dia lenjan bawak pi keje. 1 hari tu, bike tu buat hal... nak repair sendiri, tak reti kot. Pi la hantau ke bengkel. Lepas pomen tu repair merepair.... haruslah nak test dulu kan. Agak2 dah puashati, barulah confident nak bagi balik kat suami kawan ni. kan??

Tup2... citer sampai kat telinga, katanya pomen eksiden masa test bike tu. Pomen tu cakap 

" aku nampak kera melintas. Tak sempat nak elak..."

Lebih kurang gitu la ayatnya ( ayat sebenar aku tak tau..he3 ). Kera? Takde la owner a.k.a suami kawan aku ni syak mende2 pelik. Dah nak jadi ter'eksiden', nak buat camne kan?

Lepas kejadian tu, ok la kan. Tak lama peh tu, bike tu buat hal lagi... 

Anta lak kat pomen lain yg lebih mahir. Pon ade jugak musibah melanda kat pomen kedua ni. Tapi tak pikir mende lagi. Sebab semua anggap tu dah takdir nak jadi. Akhirnya lepas sekian lama kat workshop, bike tu ok balik... owner ni bawak ler pi keje cam biasa. Sampai la 1 hari, de sorang ustaz yg sama tempat keje ngan owner bike cakap

" motor kau ni aku tengok semacam je............ ade yang 'menumpang'..."

Lebih kurang gitu lah.... owner ni memang tak percaya sangat mende2 mistik ni tapi bile dah ustaz yang cakap camtu, dia jadi tak puashati. Dia decided jumpe balik ngan pomen yg pertama tu.. pas didesak - desak, akhirnya pomen tu cakap

" A'ah... sebenarnya bukan kera... tapi masa tu aku nampak pontianak bertenggek kat kawasan tu......"

dan lagi

" Lepas tu malam tu, aku ingat anak aku yg duduk kat bike kau tu... bila nak tengok dekat,rupanya bukan..! pontianak tu............. dia bertenggek kat bike tu!"

Haaaa....... tak seram kau dengar? Siap ngan rambut panjang mengurainya, baju serba putihnyer...dok elok jer bertenggek kat bike tu... hu3!

Baru la owner tu tau... rupa - rupanya sejak kejadian pomen tu jatuh dgn bike tu, dia dah ada 'PENUMPANG' tetap...!! hu3... sadis!


He3... nak letak gambar filem  Hantu BOnceng tu, aku sendiri pon tak sanggup nak tengok peh buat entry di atas itu... makanya, aku letak gambar ni... takdelah rasa seram sangat kan?hi3..........




1 ulasan:

Unknown berkata...

kahkahkahhh! gelak ni untuk komik yang last ..

perghh .. ada jugak main nompang2 eh kak? bahaya pulak 2nd hand punya barang ni .. apapun , memang tak mustahil kan kak benda macam tu ada sebab dalam dunia ni bukan kite aje yang duduk ..