Jumaat, 2 Mac 2012

Opal kena buli?!

Adeiihh... semalam petang masa amik Opal cam biasa kat PASTI tu, cikgu yang jadi pengasuh dia datang dekat. Padahal sebelum tu aku tengok dia sibuk mengajar budak2 lain mengaji. Katanya, dah 2 hari dia perasan bekal yang Opal selalu bawak kena makan kat budak lain... hah?!!


Hari pertama tu cikgu tu perasan, bekas bekal tu bersepah kat luar kelas. Mangkuk ke mana, penutup ke mana. Sib baik cikgu tu cam yang tu bekas bekal Opal. Tapi memula tu Opal tak ngaku yang bekas tu dia punya. Cikgu tanya lagi banyak kali, last2 baru la dia mengaku. Pastu cikgu tanya lagi, siapa makan bekal Opal? Opal ngaku dia yang makan tapi cikgu tak percaya sebab selalunya Opal makan bekal tu time tengahari. Tak pun masa kelas mengaji petang. Ni belum tengahari, bekal dah habis. Sebab tu cikgu tak percaya.

Dan semalam... baru cikgu dapat tangkap budak yang curi bekal tu. Cepat2 cikgu amik dan tolong simpankan... haii... kesian Opal. Agaknya budak tu dah lama 'aim' bekal Opal sebab cikgu tu gitau, budak tu amik sendiri dari dalam beg Opal. Takpelah, mende makan... bukan rezeki Opal la tu...

Ada lagi.... cikgu cakap, kalau Opal kena pukul... kat rumah masa tengahari tu baru dia mengadu siap nangis2. Time kena tu dia tak nak mengadu. Camne la cikgu nak buat tindakan? Aku tengok muka cikgu... susah hati betul dia. Aku? hmm...

Pernah cikgu nampak Opal kena pukul kat sorang budak nih. Cikgu tanya Opal, abang tu pukul ke? ( kat situ yg paling tua umur 6 tahun, Opal 5 tahun ).. Saje cikgu tanye, padahal memang cikgu nampak dah. Tau apa Opal jawab? Dia jawab, TAK!

Alahai... Opal... Opal... dah cikgu tu la yg pesan, katanya

" Opal, abah Opal kan bomba... Opal gi skolah pakai beg bomba, kasut bomba, topi pon kekadang topi bomba... kalau Opal pukul Opal ke, buli Opal ke... jangan la biarkan... marah la dia balik! tak pun cakap cepat2 kat cikgu..!"

Hahahaa.... tak tau nak kata apa la.. aku tak marahkan apa yg cikgu tu cakap. Sebab aku tau, Opal memang jenis tak reti nak lawan balik. Sabar dia tu... uiihh... tak tau la mana dia dapat... Sangat Penyabar... sampai kitorang ni yang naik geram.. sungguh!

Kadang2 budak kecik tu dok mengacau dia, usik2 dia, menyakat dia... paling kuat pon.. dia cuma cakap

" jangan la baby!"

Jiwa penyayang dia tebal... Sikap sabar dia... huiihh... kekadang buat aku naik geram. Tu ngan orang luar / budak lain jer camtu... tu yang aku geram. Kalau kat rumah tak pulak camtu... reti lak marah2 kalau Fa'el kacau dia... Geramnyer!

Hari ni tak tau la camne... stakat hari ni, takde lak dia cakap tak nak pi skolah dah lepas kes yang dia demam hari tu.. Tu skali jer la dia cakap tak nak pi skolah... Pastu sampai ke hari ni, takde dah dia cakap tak nak pi skolah. Semoga Opal dilindungi selalu... insya-Allah... susah hati dibuatnya..hmmmm....


Tiada ulasan: