Selasa, 6 Disember 2011

Ke klinik jugak Fa'el hari ni....

Balik semalam, Fa'el nampak cergas jer... cuma tak berapa nak makan sangat. Pagi ni masa siap - siap nak pi kerja, dia merengek. Aku raba dahi ngan leher dia... macam berbahang jer.


Aku bawak dia pi klinik sebelum masuk kerja tadi.

Macam yang aku agak semalam... memang dalam tekak dia ada tonsil. Doktor tu cakap suhu badan dia naik sikit 38 darjah celcius... tekak ada bengkak sikit.. sebab tu la dia tak lalu nak makan.

Alang - alang tu, aku mintak doktor tu check telinga dia yang injured dulu tu...nak tau kisah tu..baca sini..

Tapi tak dapat nak tengok sangat sebab penuh ngan taik telinga...kih3.. last2 doktor cakap, nanti dia bagi ubat titis untuk cairkan taik telinga tu...

Sangat bagus cadangan tu sebab... since kejadian tu... each time nak bersihkan telinga, Fa'el mesti meraung kuat2.  Trauma agaknya. Memang dia cukup takut kalau aku nak bersihkan telinga yang injured tu. Sebelum kejadian tu dia ok jer, siap berebut ngan Opal lagik. Kesian Fa'el... hmmm....

Tadi doktor bagi ubat demam ( bertambah la koleksi ubat demam kat rumah... erkk ), ubat antibiotik, pil vitamin..  mula2 tengok pil vitamin tu... buntang gak bijik mata aku.  pale dok pikir, camne nak bagi Fa'el makan ni? ( Takkan nak kena tumbuk kot !)

Rupanya pil tu boleh dikunyah lah. macam kita makan gula - gula tu...Oooo.... baru la normal balik bijik mata aku ni... hihiii... Lagi 1, ubat titis telinga macam yang doktor tadi janjikan...

Total = RM 28.00... klinik swasta kan... nak gi klinik goment... erkk... ada klinik goment kat sini... baruuuuuuu...!! Tapi... paham - paham je la kan... kalau dah namanya klinik goment... korang leh bayangkan ler keadaannya... super lembab... nak2 lagi awal pagi ni... kalau nak dilayan cepat... kena datang petang... tapi tak sure lah berapa cepat diorang leh serve kita...

Stakat ari ni aku puashati ngan layanan dari klinik swasta ni. cuma hari ni lambat sikit diorang bagi perkhidmatan kat Fa'el... Sampai dalam 8.10 pagi, tapi lepas kul 8.30 baru diorang layan. Sebab... pembantu klinik tu cakap...

" Kak, lambat sikit ye... untuk rawatan, kul 8.30 kang baru doktor nak buat. Sekarang ni doktor amik untuk sunat budak jer dulu.."

Hmm... nak wat camne? tunggu je lah ( sempat lagi pi sarapan kat kedai depan klinik tu... ). Tapi cuma ada sorang jer budak yang bersunat tadi... aku tengok budak tu... senyum jer dia... Best ker kena sunat tu dik? he3...

1 ulasan:

safurara berkata...

skrg musim demam lah sis.rara pon demam ni.