Jumaat, 23 Disember 2011

Bila rakan setugas ditembak...

Hangat isu ni kat forum... macam - macam yang diorang tulis.. ada yang simpati tapi lebih ramai yang komen tentang rumah dia pulak.

Sedihnya pemikiran diorang nih... ye lah... nak salahkan diorang pon tak boleh jugak. Diorang bukannya tau citer sebenar. Bukannya kenal pon mangsa tu..

Sibuk jugak dok citer pasal gred dia... yang mendoakan dia cepat sembuh? Memang takdelah.. tapi... al-hamdulillah... berita yang aku dengar, mangsa dah stabil. Semoga beliau cepat sembuh...

Dia bukan la pegawai gred besar.. Dia cuma pegawai sokongan yang sentiasa menjalankan tugasnya dengan jujur.... dan hasilnya... dia dihadiahkan dengan 2 das tembakan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan. 
Biasalah... dalam hidup ni nak jujur sangat susah... ! Pahit dan getir... anugerah yang diterima pula... berupa ugutan dan pertaruhan nyawa... sedih...tapi tu la hakikatnya...!

Kalau korang tanye, dia kena tembak sebab hal keje atau peribadi...? Fikir - fikirkan la ayat aku di atas... selamat berfikir...


Tiada ulasan: