Isnin, 21 November 2011

Payung rabak…

On the way nak balik rumah tadi, aku dah nampak banjaran Gunung Angsi tu dah kelabu jer… Tu tandanya kat sana dh hujan.

Biasanya bile kat sana dah hujan, mesti merebak sampai ke Seremban ( sebelum sampai sana, kawasan kuartes sure lencun dulu ).

Niat nak singgah Famili Store… cancel terus ! Sampai rumah, hujan dah turun rintik2. Angin yang lebih. Aku dah mula berkira – kira nak bawak payung ke tak… kalau tak bawak, kang tetibe je lebat kang….kuyup plak anak2.

Me amik anak2 jalan kaki je… Tak jauh, belakang rumah kuartes ni gak. Tengok payung, alamak… dah reput. Ade yang koyak sikit. Confident, aku rembat jer payung tu… sebelah tangan lagi dok pegang sandal Payel..

Kalau lum hujan, leh la dia berlari – lari balik rumah macam selalu. Kalau hujan, kena lah aku dukung nanti.
Tengah dok bergebang ngan Pengasuh diorang, hujan plak makin lebat. Angin pun leh tahan gak kuatnye…
Confident buka payung. Naufal dah terkepit – kepit kat kaki aku. Payel… aku dukung !

He3… sadis… lum sampai rumah… payung tu dah rabak. Angin plak masih kuat.. Hujan lagii… Terpusing – pusing aku pegang payung tu…

Tetibe…

“mak…shut ( kasut ) !”


Alamak…! Payel tunjuk kasut dia yang tercicir. Terpaksa patah balik. Naufal pun sama ikut sama. Ingatkan dah selesai… cepat – cepat aku ajak Naufal balik rumah… Terkial – kial aku putar payung tu..supaya anak2 tak kena hujan…he3..

Sampai rumah, aku tengok.. kasut Payel cume ada sebelah jer… yang tercicir tadi tu.. Adoiiyaiii…. Tercicir lagi !!!Sayangkan kasut tu.. aku patah balik sorang2. Kali ni tukar payung terus. Pakai yang kecik sikit… Tau mane kasut tu tercicir?

Hahahaa… betul2 kat tempat kasut yang pertama tadi tercicir…. Adeihh….. Nasib baik dekat je. Terpaksalah berlari2 kejarkan kasut tu pastu cepat2 balik rumah…ish3…

cats

*** ufhh… ade bau tengik lah… nanti aku sambung lagik…

Tiada ulasan: