Rabu, 30 November 2011

Kecoh di majlis bertunang...


He3... Ni gambo hiasan semata.. bukan majlis yang kat tajuk tu..


Nampak pengantin baju oren tu? Haa... tu member hasben dari kecik lagi... Tapi bukan majlis bertunang dia yang kecoh... hehee... Gi pun, ni kan majlis khawin... memang tak la kan...

Cuma, otw nak datang ke majlis diorang ni... aku tetiba teringat kisah masa aku dengan hasben nak bertunang dulu.

Adat melayuu... masa majlis bertunang, orang lelaki tak leh ada sekali dalam majlis tu. Hanya wakil pihak lelaki je yang datang. Ye lah... nak bincang pasal persiapan untuk hari perkhawinan nanti..

Kot2 la kalau bakal pengantin lelaki ada skali kang, mengamuk plak dia kat situ kalau2 apa yang kuarga pompuan mintak tak memuaskan hati dia.

Wakil pon biasanya dari kalangan orang tua. Diorang ni kan dah banyak 'makan garam' kan.. Sabar tu lebih la sikit dari orang muda nih... ngeh3


Nak di jadikan ceriter, hasben memang ikut masa majlis pertunangan kitorang tu. Tapi dia duduk kat kemah depan rumah aku.

Omak dia dah pun dah cakap awal2 pasal adat tu. Cuma dia terpaksa ikut sebab wakil2 pihak dia tak tau jalan nak ke rumah aku, tu yang dia ikut sekali..

Ada la kengkawan dia datang ikut gak. Siap masuk dalam rumah lagi nak dengar perbincangan antara 2 pihak... moral support katanya la...ha3

Sampai je dalam rumah, tetiba kecoh jap... Wakil dari pihak pompuan... ehem... that's mine... hehee... dengan tak disangka - sangka suruh salah sorang kawan hasben turun dari rumah.

" Eh.. ni orang lelaki tak boleh ada ni, kita nak berbincang dah ni... "

Terpinga - pinga kawan tu... he3... Tapi dia duduk lagi, tak berganjak sikit pon.. Terpaksa la wakil pihak aku tu ulang balik ayat tu... Bila dah ulang ayat kali kedua tu baru la mak mertua aku ( bakal la masa tu... ) bagi tau...

" Tu bukan tuan punya badan, tu kawan dia... Tuan punya badan tu kat bawah tu..."

Ha3... rupa - rupanya, wakil pihak aku dah salah sangka... Mati - mati dia ingat kawan hasben tu la bakal suami aku.... heheee... masa tu aku kat bilik... siap skodeng lagi... tapi tak dapat dengar sangat butir2 yang diorang cakap masa tu...

Dah lepas sarung cincin baru aku dapat tau cerita ni... Bila aku tengok kawan hasben yang disangka bakal suami aku tu, hurrmmm... lawa orangnyer... eh... silap... ha3... jambu !

Putih gebu jer orangnya... sian hasben... sampai hati diorang.. kih3... 

Masa gi kenduri pengantin baju oren tu, kitorang terjumpa balik kawan hasben tu... He3... tu yang tetiba teringat tu... ngeh3... siap tanya kat hasben

" eh... tu kan kawan awak yang orang kampung saya ingat dia calon suami saya dulu...?"

Dengan ala - ala muka tak leh blah, hasben cuma jawab..

" urmmm....!"

Kih3...
 

Ahad, 27 November 2011

Sebab dulu Opal tak dapat ni...

Hari tu aku de citer kan pasal Fa'el nak beskal?..

Hari ni aku citer pasal Opal plak.

Lepas je hasben beli tricycle tu, kitorang ingat Fa'el la orang yang paling excited nak main tricycle tu...

Rupa - rupanya.. Opal !

Padahal... dia dah de pun dah beskal dia sendiri..

Tuu...haa... Cantik lagi.. Harga... RM80.

Tu pon pas puas abah dia round kat town Seremban and Bahau.

Kira murah la tu... sebab bile tengok kat pasaraya..

Basikal yang sama rupa dan warna...

RM 100 ++

Tapi... tu pon dia sibuk nak kerja kan tricycle Fa'el..

Lama - lama aku tengok, tricycle tu dah macam dia punyer plak..

Yang Fa'el, lagi best...tak padan dengan saiz badan yang kecik...

Basikal abang dia dah jadi macam dia yang punya..

He3...




Rabu, 23 November 2011

Di situ Puncak Gunung Angsi..


Setiap gambar... ada ceritanya..

* captured via my handphone SE Hazel J20

wordless wednesday?









Amacam? ok tak?

He3...

Sumber gambar : laman rumah mak mertua aku....

*captured via my SE Hazel J20 ( handphone )

Selasa, 22 November 2011

Basikal untuk Fa'el

payel
Tengok la tu… keta kecik tu bukan untuk ditunggang Fa'el ! Tapi leh kata tiap2 hari dia dok ‘kuda’ kan kereta lego tu.
payel1
Masa ni memang pantang jumpa kereta tu… Dari ruang tamu, bawak ke dapur… dapur ke ruang tamu semula… gitu ler tak jemu – jemu…
payel2
Eksiden… hummm… ade la beberapa kali. Tapi yang last tu paling teruk.. Bibir atas bawah pecah teruk… berdarah – darah tak leh nak cakap. Aku? cam biasa… panik ! dia meraung…aku pon sama… hu3.
p
Since tu, abah dia nekad carikan dia beskal… Tu haa… tricycle… comel tak? Harga RM 50.00. Murah? Kira murah la tu..

Yang penting, Fa'el tak tertonggeng – tonggeng lagik macam masa dia main kereta lego tuh… fiuuuhhh…

De' Rabak Payung....

Ni kejadian masa amik anak2 balik dari rumah pengasuh. Hujan... Konon berpayung ler. Aku jalan kaki je amik anak - anak sebab rumah pengasuh tak jauh pun. Pintu dapur dia sekangkang kera je dari rumah aku. 

Dah amik budak2 tu, patah balik... Angin!!

Kuat pulak tu... tiba - tiba.....


Hah... rabak!

Mula - mula sikit je rabak... Lama kelamaan tu dia! Makin besar pulak rabak dia... heheee...

Tu yang aku panggil De'Rabak Payung...

Rabak sangat okey!

Isnin, 21 November 2011

Ter’psiko ke diorang nih?

Watching Malaysia team vs Indon team…

Baru 6 minit, dah lebur 1 gol… Indon 1, Malaysia… 0… hari tu masa team kita dapat 1 gol… aku pikir… ek eh…

Sampai kesudah… aku tengok, jurulatih Indon… relax jer…

Hari ni… nampak dah sebabnyer…! Hari ni diorang betul2 nak ganyang team kita… Team kita…? Banyak peluang nak gol tapi…. tak tau la nape, memanjang jer bola tu melantun ke atas….

Ape kes? Geram tengok!..

Ni bukan team kita jer ter’psiko ngan penyokong Indon tu…ngan aku .. aku skali ter’psiko…adeihh…

eh…jap… macam la aku reti sangat tengok bola ni…ahakss..

Opal dikejar anjing...

Gara - gara nak simpan 'durian runtuh' kat dalam boot kereta semalam, Opal dikejar dek anjing..
Nightmare sangat rasanya semalam... giler ! Tak tau camne anjing mentua boleh terlepas dari tali penambat tu. Laju jer dia meluru kat kitorang. Masa tu cuma ada aku, Opal dan Fa'el. 

Elok je aku tutup boot keta lepas simpan durian, aku nampak anjing tu berlari2 datang. Elok je haiwan tu berhenti kat belakang Fa'el...  Siap hidu - hidu Fa'el lagik... Panik kau..!!
Tapi orang yang paling takut.... Opal. Masa anjing tu nak hidu2 Fa'el, aku yang dah panik ni... tolak - tolak la anjing tu ngan kaki. Tapi anjing tu macam tak reti bahasa...( memang pon, nama pon anjing kan! )..

Puas la aku tolak2, anjing tu tak mau gak blah... Opal masa tu dah cabut lari...!!!

Anjing tu nampak dia lari, apalagiii... anjing tu pon kejar la.. Mulut aku ngan Opal punyalah kecoh jerit2 panggil hasben... Anjing tu?! Langsung tak berbunyi... Senyap je... tapi tetap kejar Opal..

Keliling kereta la diorang ' main' kejar - kejar. Aku masa tu tak dapat nak 'join' skali... Kaki dah kena 'ikat'. Fa'el dah pegang kaki aku. Masa tu aku masih berdiri kat tepi keta, dekat boot keta. Tiap kali anjing tu lalu kat aku, tiap kali tu gak aku tolak - tolak anjing tu ngan kaki... Nak halang anjing tu dari kejar Opal la kononnya.. hampeihh... tak berhasil!

Kat dalam kepala aku cuma risau 1 mende jer... Takut anjing tu gigit Opal, tapi nampaknya takde plak tanda - tanda anjing tu nak gigit. Anjing tu cuma ikut jer belakang Opal..

Opal...? Amazing..! Tak pernah la aku nampak Opal lari selaju tu.. Punya la laju dia lari keliling keta tu... tak jatuh langsung! Takut punya pasal kan..!!!  

Anjing tu jer yang sampai terbabas terbabas... siap buat U-turn lagi tu... Hampeih punye anjing ! 

De la dalam 10 minit gitu... baru la pak mentua aku muncul marahkan anjing hampeih tu... hu3... elok je anjing tu lari kat pak mentua, cepat2 aku bawak Opal ngan Fa'el masuk dalam rumah...

Memggigil jap badan aku... FYI, aku ngan Opal memang jakun ngan binatang nih... bukan setakat anjing, kambing tu pon aku dah rasa nak cabut langkah seribu... Takut kena tanduk...he3

Aku ingat hasben yang kuar dulu tolong kitorang... rupanya my apak mertua daa.... Laki aku? nan hado yo..! Rupanya dia tak tau apa2 sebab masa kejadian tu, dia dalam toilet... melabur!

Adoiyai.... sib baik malam tadi Opal tak mengigau... he3... masa kena semalam memang cuak giler...

Tapi bila ingat balik kejadian tu, memang tergelak giler!

Actually... anjing tu jinak nak mampos..! My apak mertua bela sebab nak suh anjing tu jaga kebun yang sekangkang kera kat belakang rumah depa tu... 


Anjing baka ni la...jinak dan... pomaleh ( pemalas )... tau nak main jer... manja2 la konon... gedik ! Ber'kangkang - kangkang' kera masuk dalam kebun tu, dia leh wat derk jer... memang tak reti menyalak... Time makan yo dio menyalak...

So... jangan kontroversi yek..!

Begitulah citernya...tragedi antara aku, Opal dan anjing yang tak bersuara...tu !

p/s :

Tak kira plak berapa kali Opal tawaf kereta tu masa kena kejar anjing tu... hahahaa..

Durian Runtuh Kuala Pilah

Memang betul - betul punyer runtuh! Bukan peribahasa ke bidalan ke... bukan... bukan...!


Tu haa... nampak tak yang terkopak tu? Dahan yang paling besar. Takde ribut pon, tapi... kopak jugak!


Hohoho... fokus lagik kat pokok durian tu. Nyaris timpa rumah my MIL. Satu - satunya dahan yang paling besar. Paling subur ngan buah - buah durian plak tu...

Cerrr korang tengok dahan yang lain - lain tu... Botak jer kan? Buah pon takde.


Banyak woo... MIL said hampir 90 biji durian kat dahan yang 'runtuh' tu... he3... instead of kopak or jatuh, my MIL suka used that word...RUNTUH..!

Memula aku ingat dapat emas ke... duit ker... rupanya... durian tu betul2 'runtuh' daa....


Tapi rugi la... Cuma beberapa bijik jer yang sodap dimakan. Yang lain semua masak layu... Leh makan, tapi ... totally tak sodap... tawar plus payau..! Memang tak sodap...

Dalam banyak - banyak tu, aku bawak gak la balik dalam 2 bijik. Tapi tak sempat rasa lagi...tak tau la sedap ke tak. MIL kata tu buah dari pokok lain. Bukan dari dahan yang runtuh tu...

Sedap la kot...ngeh3.. owh... ada tragedi yang berlaku masa aku nak simpan buah tu kat boot kereta... 

Tragedi antara aku, Opal dan sekor anjing tak bersuara...he3... nanti aku cerita dalam next entry....


Rabu, 16 November 2011

Fa'el nak tumbuh gigi...

Hohoo... gigi dia nak tumbuh. Gigi geraham sebelah kanan kalau tak silap aku. Patut la hari sabtu hari tu dia tetiba demam. Makan pon tak nak. Asyik tunjuk pipi pastu suh aku bersihkan gigi dia selalu dengan kain.

Suka na dia bila aku tenyeh gusi dia tang yang nak tumbuh gigi tu... hehee.,

Pagi tadi, mata dia kuyu je.. tak cukup tido gaknya. Malam tadi jap - jap dia bangun. Jap2 dia merengek.

Ai... kesian... kekadang suhu badan dia agak suam - suam kuku, kadang - kadang ok plak.. aih...

Makan pon tak berapa nak. Puas memujuk. Pengasuh plak siap 'blend' lagi nasi semata - mata nak bagi dia senang makan.

Sian Fa'el..!


Khamis, 10 November 2011

Melayan jiwa… di Kuala Lukut

Gila la gayanya entry melayan jiwa... heheee...

Sambil2 eskot pegawai melawat stesen2 kecil kami... sempat le jugak aku curi2 masa ambil gambar kat Kuala Lukut, Port Dickson nih...

Yupp... jauh ke dalam tu... yg de short cut ke KLIA ( kalau tak silap... ) tu...

yg jadi fav. kaki2 pancing tu... tukun?? uiihh... banyak!

port dickson

‘Sepetang’ di Kuala Lukut… tengahari ‘buta’ sebenornyer nih. Tapi sebab langit masa tu mendung jer… aku letak ler perkataan ‘sepetang’ tu… memang nampak macam dah petang sangat jer masa tuh…

port dickson


port dickson

port dickson

Kat situ, memang banyak ikan tembakul… pernah dengar nama ikan tembakul?

Alah… yang dalam citer orang dulu – dulu tu… Ade yang tak tau? Takpe…lain kali aku explain.

Yang uniknya pasal ikan tembakul ni, ‘diorang’ ada kaki…! 2 pasang lagik…

Pastu kat belakang ‘diorang’ ada layah kecil. Alah… sirip ‘diorang’ tapi… tegak jer…

e7

Yang aku bulatkan banyak2 tu... ikan tembakul la tu... banyak kan? lebih 20 ekor ade tu... best betul tengok 'diorg' tu bersantai sakan... siap buat wrestling show lagi.. macam tau2 je aku nak curi2 amik gambar 'diorg'... cehh!!

kaki pancing

e6

Walaupun tak seberapa, tapi aku suka gambar2 nih. Love my sony ericsson handphone… jenis ‘green hearth’ J20… syok ooo…!

Selasa, 8 November 2011

Menu raya aidiladha..

ketupat rendang sambal kacang nasi impit raya
Muahahaa..

Getik rasanya diri ku..!

Ni pon nak tunjuk... ahaks!

Rendang nogori ada, rendang johor juga ada...

Tak ketinggalan, wuhuu...

My sambal kacang... walaupun a bit masin..

Tapi...menjadi uolls!

At last...! 

Komen hasben pun kali ni dah tak macam tahun sudah...2 komen jer..

" Kali ni ok, sambal ni... cuma masin sikit jer..."

Hu3... kira ok la tu kan... tang masin tu boleh di adjust lagik..

Takde hal punyer..!

kuah lodeh lontong

yang ni bukan kitoang punye tapi...

Lauk yang jiran ayah aku bagi. Lodeh..!

Ada lagi yang jiran kitorang bagi...tukar - tukar juadah

Tapi yang lodeh ni jer yang sempat snap...

He3... best wok !

Walaupon cuma raya korban..makan tetap meriah!

Amaran kepada pemandu wanita or lelaki...read this..!


Pemilik kenderaan ini adalah WANITA...

Di dalamnya ada seorang lagi wanita dan seorang budak perempuan...

Apa motif aku? 

Cuba bayangkan...

Kalau tika itu, ada perompak atau penjahat datang...

Senang - senang aje diorang tu masuk and drive kereta ni tanpa halangan..

Sebab...

Korang tengok gambar tu, korang pikir la sendiri...

Nasihat ni untuk semua termasuk diri aku sekali...

Jumaat, 4 November 2011

Mantai...dah ada yang buka gerai hari ni...!

Korang tau apa itu Mantai? Ok... kalau masih ada yang tak tau...korang dulu baca kat sini...

Dah baca?...okey...bagus..! Bermakna ilmu pengetahuan korang dah bertambah lagi hari ni..he3...

Pagi tadi on the way nak pi keje, ada dah yang buka gerai jual daging2 sempena Raya Korban nih... Tapi mungkin sebab lmu ramai yang cuti, gerai - gerai tu nampak lengang jer. Esok ramai la kot yang serbu...

Tu baru kat area sini, lum kat kampung lagi... Agak - agaknya meriah tak eh? Raya pose hari tu tak meriah sangat pon cam dolu - dolu... kenapa agaknye eh?

Mantai tu... mantai gak... tapi dalam pada tu, ada mende lain yang aku nak makan hari ni...
bubble tea ice blended cool blog
Taa... daa...! ice blended a.k.a cool blog.... with pearl included....hohoo... Syok oo..!

Tambah lagi.......
bolognese spagetti

Hu3... spaghetti bolognese... kalau dapat la depan mata sekarang nih...walaweiih...

aihh... tak bleh jadi nih... kena dapatkan jugak rehat karang...hohoo..!

Khamis, 3 November 2011

Tips bekerja di hadapan komputer di pejabat!


1.  Tahap ketinggian meja / paras meja anda mesti berada pada paras siku.

2. Cari kerusi dengan sokongan belakang yang baik dan boleh dilaraskan ketinggiannya.

3. Laraskan ketinggian kerusi sehingga paras lutut tinggi sedikit dari paras pinggul apabila duduk

4. Cuba gunakan alas kaki untuk mengelakkan tekanan sekiranya anda duduk untuk jangkamasa yang panjang

5. Anda boleh menjadikan buku - buku kecil sebagai alas.

6. Laraskan monitor tinggi sedikit di bawah paras mata, 10 - 15 darjah di bawah paras mata : untuk mengelakkan masalah leher.

7. Kurangkan pergerakan leher dan kepala berulangkali kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan sakit leher.

8. Gerakkan mata dan bukannya kepala dan leher anda !

9. Duduk tegak dengan postur yang baik !

10. Jangan duduk terlalu lama dan keraplah ambil masa untuk berehat sekejap.

11. Berdiri, berjalan - jalan, buat regangan beberapa minit setiap 60 minit bekerja di depan komputer.

12. Tetapkan masa untuk mudah mengingat...* tu pun kalau kamu rajin lah..!





Rabu, 2 November 2011

Itu pon tak tau...ape la..!

Tadi officemate aku mengomel sorang - sorang. Hairan juga aku... apalah yang dia bebelkan tu...

" Nape Ell? "

Aku tengok dia dok belek fail dalam laci kat belakang dia.

" Ni haa... apa ni? Mesin perincih...apa tu ha?"

Erkk... aku 'blur' jap... macam pernah dengar. Tapi apa ye? Tengah dok memikir, Ell ni pun cakap..

" La... mesin perincih tu  paper shredder rupanya... "

He3... baru aku ingat. Buduh kah aku? He3...  sebut paper shredder baru faham.. sebut mesin perincih, blur terus...

Tah apa - apa lah...

Selasa, 1 November 2011

"SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking"

Yeayy... join segmen lagik...


Sekali lagi aku join segmen LULU PAGES.

Jarang - jarang aku nak join segmen, sebab kadang - kadang macam2 syarat nak kena buat.

Nak BW pon, kekadang aku tak tau mane nak terjah..

Hope kat segmen ni nanti dapat la aku BW more... 

Jom join..!

Kenapa hati mudah terluka?

Kenapa ye ? Mesti korang pun tertanya - tanya kan? Jawapan pun mestilah pelbagai jugak kan?

Sebab setiap orang ada pemikiran masing - masing... kecuali kan mereka yang malas nak berfikir !

Aku pon ada pandangan aku sendiri. Kekadang aku termenung jugak memikirkan jawapan pada persoalan tu. *perghh...ayat..tak bleh blah..!huhuuu...

Jawapan aku... pendek jer .... sebab... kita mengharap... kekadang kita tak sedar pon yang kita mengharap, sebab tu la bila apa yang kita harapkan tu tak jadi seperti sepatutnya... hati kita terluka.

Kalau boleh, setiap apa yang kita buat... kita nak ada balasan. Tak kira lah dalam bentuk apa sekali pun. Kadang - kadang kita rasa, kita tak mengharap apa - apa... tapi, bila dah terluka... baru lah kita sedar...

Kadang - kadang kita cakap...

" aku tak kisah pun kalau takde sape nak hargai aku..."

Tapi...terang - terang kat situ pun sebenarnya semacam 1 keluhan spontan, yang kita tak sedar sebenarnya menampakkan betapa kita sebenarnya mengharap untuk dihargai...

Kalau macam tu kenapa kita masih terus mengharap... kan dah kata, tak mahu terluka di hati?

Sebab..

Harapan tu la yang buat kita ingin terus hidup...ingin terus berusaha...ingin terus berjaya... tak kira dalam apa perkara sekali pun...

Tapi tu la... selagi kita terus mengharap dan berharap... selagi itu lah hati kita takkan kebal dari dilukai...




- Psstt... ayat di atas ayat dari aku yang tak leh blah...ha3...

Nasik kerabu sedap!!

Muahahaa... nak promote sikit....

Sebelum tu aku nak tanye..korang dah sarapan lum? Aku belum lagi.. Hari ni menu aku...jeng3...!

Tengok tajuk kat atas tu pon korang tau dah kan?

Nasi Kerabu plus Daging Merah...!!!

nasi kerabu senawang

Taa... daa... Haa... terliur tak ? terliur tak? Bagi aku yang lum makan ni memang terliur la... hu3...lapar plak perut nih dah..

Cer teka...agak - agak korang berapa harga dia? Memandangkan sekarang ni semua dah naik harga, agak2 korang... berapa hinggit nasik nih...

Cer teka... pastu jangan lupa tinggalkan link korang supaya aku leh BW kat blog2 korang...adiosss...!

p/s : nasi kerabu ni memang sedap...! Percaya la...ramai yang puji...termasuk aku! ha3...


Keep an eye out for #TintinHunt clues to win urself a trip to Bali or a Canon EOS 1100D DSLR!