Khamis, 27 Oktober 2011

Telinga Pa'el

Lepas keluar dari bilik doktor semalam, Pa'el nampak ok je. Dah nak main2 semula. Siap tolak - tolak si abang. Aih... ceria jer pulak! 

Mungkin sakit kat telinga dia tu dah beransur kurang kot. Tapi kekadang dia ade cuba nak korek2 telinga tu. 

Pagi ni, aku ingatkan nak amik emergency leave jer. nak pantau lebih sikit la...tapi bile mengenangkan cuti aku pon dah tinggal berapa hari jer, terpaksa la aku kebalkan hati. Hantar gak la dia kat pengasuh tapi aku dah citer semuanya kat kak Roha ( pengasuh Naufal & Nufail ). Aku harap kak Roha leh tolong pantaukan untuk aku.

Sempat gak la aku cuci darah kat telinga dia sebelum pi keje tadi. Tu pon lepas aku titis ubat telinga and aku tengok ade darah yang meleleh keluar. Tapi takde la pekat macam semalam. Ni mungkin sisa darah yang kena ubat cecair tu tadi.

Aduhai... kesian Pa'el... aku harap dia cepat sembuh, aku jugak harap agar takde jangkitan kat tempat yang dah luka tu..

3 ulasan:

Miss Chocola berkata...

Maaf nak tanya.Berapa hari telinga berdarah boleh sembuh selepas guna ubat?Apa nama ubat yg di gunakan kalau boleh saya nak tau.Terima kasih kalau sudi jawbkan.

blasahje berkata...

Tempoh penyembuhan xlama tapi kena pastikan telinga tu sentiasa kering supaya xde jangkitan lain pulak. Tentang nama ubat, sy xingat pulak. Sebab kejadian ni dah lamaaaa sgt berlaku. Yg pastinya ubat tu jenis titis. Kalo kena macam anak sy, better refer ke hospital/klinik ngan segera.

Miss Chocola berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.