Isnin, 31 Oktober 2011

Si abang bakal ke nursery baru.

Bila baca enrty Pn. Fitri pasal nursery training untuk anak dia, aku terfikir semula pasal Opal.

Tahun depan umur dia dah 5 tahun. So aku dengan hasben cadang nak hantar dia kat nursery baru... PASTI.

Kat situ dia boleh belajar macam2... Siap belajar mengaji lagik. Bulan - bulan pon tak mahal. Sama jer ngan harga nanny dia sekarang. Aku nak dia biasa dengan kawan - kawan baru yang lebih ramai.

Dengan nanny sekarang, dia cuma kawan ngan anak nanny dia tu, Fa'el and sorang lagik budak lelaki yang umur bawah sikit dari dia. Bermakna, dunia dia cuma lingkungan tu. Lepas tu, aku penah try ajar dia mengeja, kenal huruf tapi tak berhasil sangat sebab dia lebih suka main jer. 5 minit pertama jer dia boleh ikut apa yang  aku ajar. Selebihnya, dia wat tak endah jer.

Tapi masa aku amik borang hari tu, aku tengok ramai gak la budak2 yang belajar kat situ. Tetiba timbul plak rasa bimbang kat hati.

Aku tertanya - tanya, boleh ke Opal sesuai kan diri nanti? Boleh ke Opal main sama2 tanpa perlu menangis sebab terpaksa kongsi dengan budak lain permainan yang sama nanti? Sedangkan kat rumah pon dia dah camtu... sikit - sikit meraung bila mainan dia dirampas si kecik bertuah tu...

isk... macam2 la yang aku pikir...adoyai...


Luv u Opal!

Luka Fa'el semakin sembuh...

Lepas melalui Fasa 3 hari yang macam doktor pesan hari tu, aku tengok Fa'el ok jer. Takde demam - demam, telinga pon dah tak bleeding lagi dah..

Letak ubat titis pon dah takde meleleh darah lagik dah..alhamdulillah... Lega sangat..



Jumaat, 28 Oktober 2011

Luka Fa'el masih berdarah...

PErghh...tajuk..tak leh tahan.

Tapi serius, injury dia still not fully recover yet. Contohnya macam semalam. Dia tak berhenti - henti main. Jap lari sana, jap lari sini... Kejap kang buat 'head banging'... Terloncat - loncat, terkinja - kinja.

Guling sana, guling sini... Tergolek sana, tergolek sini.. Pendek kata, takde rupa orang sakit langsung. Punya la aktif sampai aku pulak yang naik risau.

Kalau boleh aku nak dia relax jer tapi... kalau dah Fa'el..! Dia memang lasak. Sakit ? Time kena jer la dia nangis... pastu macam semalam... tak hengat donia !


Akibat terlalu aktif semalam, Ni haa... telinga dia bleeding semula. Hadoiiiiyaiiii....!

Tengah nak bersihkan darah tu, Opal pulak menjerit

" Mak..! darah..!"

Time tu aku tengah dukung Fa'el. Aku pandang Opal... pulak dah..!!

Hidung Opal pulak berdarah.... wuuuhaii... apo lah bebudak nih... Cepat2 aku bagi dia towel dan suh dia baring. Tu la...asyik main jer. Puas aku suh berenti, masing2 tak reti nak berenti...kan..!

Bila dah jadi camtu baru la nak berenti... taaaapiii... kojap yo... lopeh tu dio sambung balik main lepas darah dah berenti... hu3... apo lah korang ni... korang tau tak mak ngkorang ni risau!?


Pagi tadi pon aku tengok bantal ade kesan darah bertompok - tompok kecil. Hairan jugak. Kata doktor darah akan berenti semalam. Takkan kuar lama. Jadi...kenapa telinga Fa'el still kuar darah. Memang la tak banyak. Tapi... risau gak la.

Bila aku tengok jari2 dia, hurmmm... patut la... Tah bila kala pulak tah dia korek, jari2 comel dia tu ada kesan darah... adeihh... sabor jer la... Muka dia relax jer...Siap sound aku 

" Epat la mak !"

Hu3...bertuah punya anak... mata pejam tapi mulut.. wuuuhai... tu gara - gara nak meng'op3k'..tak paham? buat2 paham jer la amende tuh... Hope luka tu recover cepat... walaupon dia tak demam tapi, aku tetap nak dia sembuh cepat...

Khamis, 27 Oktober 2011

Kisah Fa'el lagi...

Tengahari tadi aku ade ber'mesej - mesej' ngan pengasuh Fa'el. Ye la... nak tau la kan apa perkembangan Fa'el.

Masa aku sms tadi, si kecik tu tengah tido. Kak Roha cakap, dia ok.

Cuma dalam lubang telinga masih ada darah. Tak mengalir pon katanya... Sisa darah semalam agaknya. Sebab tadi aku tak dapat nak cuci betul2 telinga dia. Takut tempat luka tu belum kering lagi.

Takpelah...as long dia tak demam, dia ok tak merengek... tu dah kira ok la tu.

Ye.. aku tau, si kecik tu lasak. Luka berdarah camtu, kejap jer dia nangis. Lepas kena pujuk, dia ok la balik. Bila dah ok tu, dia lupe la sakit tu... hu3... cian dia...! Kesal aku masih bersisa sekarang... aduhai...

Telinga Fa'el

Lepas keluar dari bilik doktor semalam, Fa'el nampak ok je. Dah nak main2 semula. Siap tolak - tolak si abang. Aihh... ceria jer pulak! 

Mungkin sakit kat telinga dia tu dah beransur kurang kot. Tapi kekadang dia ade cuba nak korek2 telinga tu. 

Pagi ni, aku ingatkan nak amik emergency leave jer. Nak pantau lebih sikit la tapi bila mengenangkan cuti aku pon dah tinggal berapa hari jer, terpaksa la aku kebalkan hati. Hantar gak la dia kat pengasuh tapi aku dah citer semuanya kat kak Roha ( pengasuh Opal & Fa'el ). Aku harap kak Roha leh tolong pantaukan untuk aku.


Sempat gak la aku cuci darah kat telinga dia sebelum pi kerja tadi. Tu pon lepas aku titis ubat telinga dan aku nampak ada darah yang meleleh keluar. Tapi takde la pekat macam semalam. Ni mungkin sisa darah yang kena ubat cecair tu tadi.

Aduhai... kesian Fa'el... aku harap dia cepat sembuh, aku jugak harap agar takde jangkitan kat tempat yang dah luka tu..

Risau!

Tragedi telinga Fa'el berdarah!

Tak tau nak mula dari mana sebenarnya. Sejak kul 8 lebih tadi, Opal dengan Fa'el asyik main jer. Jap lari sana, jap lari sini. Jap baik, jap bergaduh.

Semua tu biasa pada aku. Jadi, aku tak berapa kisah sangat. Pada aku, asalkan diorang gembira… biarkan jer la.. Aku biarkan diorang bermain sama – sama. En. hasben leka ngan tv, aku pulak leka ngan komputer.

Tengah leka mengadap komputer, tiba – tiba aku terdengar Fa'el meraung. Lain macam bunyinye. Ada semacam sayu, lepas tu dia menangis tak berhenti. Hati aku rasa tak sedap. Cepat – cepat aku toleh.

Aku nampak Opal tengah duduk atas Fa'el yang masa tu dah tertiarap atas toto. Fa'el tengah meraung. Pantas aku tolak Opal ke tepi dan aku angkat Fa'el yang masa tu masih menangis.

“ akit ( sakit ) !…akit…!”

Raung Fa'el sambil tunjuk telinga kiri dia kat aku. Masa tu jugak aku cubit Opal. Tapi… Opal tak nangis. Tak kuat mana pun aku cubit.

Lepas marahkan Opal, aku pandang si kecik tu semula. Masa tu jugak aku tengok ada darah memancut keluar dari lubang telinga dia.

Ya Allah… dalam tak sedar aku tadah darah tu sambil meraung. Macam mana darah tu memancut, macam tu jugak la air mata yang keluar dari kelopak mata aku. Kami sama2 meraung. En. hasben naik berang. Teruk juga dia pukul Opal.

Kata Opal, dia nak korek telinga Fa'el…

Menggigil tubuh aku bila tengok darah merah yang keluar dari telinga Fa'el. Tak pernah aku tengok semacam tu. Aku jadi takut. En. hasben plak berulang kali cakap tentang gegendang Fa'el. Air mata aku dah berjurai tak berenti. Dia plak cakap camtu. Lagi la risau aku dibuatnya.

Cepat2 kami bawa Fa'el ke klinik. Masa tu dah 11.30 malam. Nasib baik Poliklinik Ibnu Sina kat Dataran Senawang tu buka 22 jam.

Lepas diperiksa, doktor tunjuk gambarajah telinga yang ada kat situ. Katanya, telinga Fa'el cedera tapi mungkin tak kena pada gegendang. Yang berdarah tu bukan gegendang sebab gegendang telinga takde salur pembuluh darah.

Owh.. baru aku teringat, aku ada ternampak lidi pengorek telinga en. hasben berdekatan Fa'el masa kejadian tu tadi. Tapi yang aku perasan, lidi tu bersih. Takde pulak kesan darah yang melekat.

Aku cerita detail kat doktor tu. Lepas dia tengok lubang telinga Fa'el melalui teropong, dia kata, gegendang Fa'el ok. Kalau bocor, pastinya dia nampak hitam kat gegendang telinga. Tapi tadi, dia kata cuma nampak putih jer. Bermakna, mungkin kecederaan tu tak menjejaskan gegendang.

Tapi dalam masa yang sama, aku kena pantau keadaan dia dalam tempoh 3 hari ni.

Pesan doktor : avoid telinga yg injured tu dari terkena air sebab air bukan elemen yang baik jika terkena pada luka yang terdedah. Kalau demam after 3 days dari kejadian ni, doktor mintak kami datang semula sebab takut kalau berlaku jangkitan yang lebih teruk.

Doktor juga ada cakap, if gegendang telinga Fa'el berlubang kecil… ia masih boleh recover lagi.

Aduih… ada sikit kelegaan di situ bila doktor kata gegendang telinga dia ok. Tapi masih ade kerisauan lagi selagi Fasa 3 hari ni lum berakhir.

1

Dalam masa yang sama, aku rasa kesian pada Opal. Teruk dia kena marah kat en.hasben. Ye lah, aku tau…bukan salah Opal 100%. Kitorang yang leka. Patutnya kitorang tak biarkan diorang bermain tanpa pengawasan. Opal bukannye tau ape. Dia belum paham lagi. Katanya, dia nak korek telinga Fa'el. Dia tak tau pon perbuatan dia tu akan memudaratkan Fa'el.

Menyesal sungguh aku rasa masa ni. Sampai sekarang kekesalan tu masih ada. Aku cuai ! Kalau la aku tak biarkan diorang bermainn sendirian tadi, pastinya kejadian ni tak berlaku. Kalau lah gegendang Fa'el cedera tadi, pastinya aku akan menyesal sampai bila2.

Semoga luka Fa'el cepat sembuh ye dik! Amiiinnn


Rabu, 26 Oktober 2011

Menu rabu…

Hari ni cuti kan? Meh tengok menu aku ari ni…
ikan bakar air asam

Muahahaa… ikan bakar cicah air asam….terbaeekkk..!

ikan masak kicap

Ikan masak kicap pon ada.. menu untuk anak2…

tempe goreng

Ni cekedis diorang sebelum lunch tadi.. tempe goreng… sedap woo..! Potong nipis, goreng garing...

kangkung tumis pedas
Sayur pelengkap lauk hari ni… Meranti goreng cili api..perghh… meletopss..! Pedas... aku pon tak daya nak makan bebanyak…

Amacam? Terliur tak? he3…

Selasa, 25 Oktober 2011

Tesco Seremban Jaya opened!

okey.. annoucement utk warga Seremban yang siang bekerja.. malam baru nak shopping.... ini dia..!!

new hypermarket.. baeekk punyerr..! kalau rasa tak sempat nak shopping barang2 dapur masa opis hour.. tak mau terkejar2 lepas balik keje nak beli lauk.. sini ada..

kul 11 malam kalau anda semua nak shopping pun boleh... sebab... hypermarket ni tutup jam 1.00 pagi..

hahh.. ok tak? ok kan? kan.. kan.. kan??

Dekat je.. Kat Seremban Jaya... sebelum jalan nak masuk ke Tol Senawang...


Gambar kredit to : santai.blogspot.com

Betul tak aku cakap?


Nak kereta kesayangan korang cantik, bersinar? Bersih luar dan dalam ? Meh..klik sini... RM40 jer...

Isnin, 24 Oktober 2011

Nasi Beriani Gam

F.O.C....!!

Tu pon lepas dok melangut kat dewan dengar celoteh 'guru besar' yang bakal bersara starting from tomorrow.

Bermakna, hanya tinggal beberapa jam lagi jer dia bergelar kakitangan kerajaan ( after 39 tahun, 5 bulan berkhidmat. ). Mulai esok dia dah leh 'gantung' uniform. Duduk ontok - ontok yo kek ghumah...

Maka sukahati la dia sebab tak perlu pikir lagi hal kerja... Sukahati la dia nak bangun pukul berapa mulai esok... Sukahati dia la nak keluar pi mana - mana pon mulai esok...

Dan... ado la anak2 buah eh yang tumpang suko hati bilo dio dah berpencen... mano yang ponah makan hati, gara - gara dio tak luluskan private loan korang, buleh la apply semulo. Mane la tau kot bos baru ni nanti sudi luluskan pulak permohonan korang tuh... muahahaaa... mulut puaka punye mak orang...!


Hah.. lepas habis jer dio berucap... zusss....zaapp..zapp... *Pergh... sound effect !

Ape lagi... makan time !

nasi beriani gam
Taa...daa... makan sampai muntah !!

' Guru besar' belanja sebagai tanda syukur sebab bakal terima duit imbuhan + duit pencen.... kau ade? he3...


Jumaat, 21 Oktober 2011

Kaki skodeng!

Mari conteng–conteng dengan Fa’el..

page
Jom… sama – sama join Fa’el conteng – conteng buku !

Ya... Dia is kidal... like mom, like son...

Me also a left-handed person
p1
Uhh… dah siap… tapi…isk… buku dah penuh la…
p2
Ta..daa… kaki mak pon Fa’el conteng jugak.

Tapi mak snap gambar kaki Fa’el jer…

Cantik tak?


Isnin, 17 Oktober 2011

Bile si abang jerit " Golll.................!!!"

Si abang... sebelum ni dia tak pernah sebut lagi perkataan tu...ye lah... Dia mana nak tengok sangat sukan.

Kalau abah dia buka rancangan sukan kat astro tu pon, dia wat tak reti jer. Tapi malam kelmarin, aku tengok dia tekun pandang skrin tv tu. Aku plak time tu tengah leka repair baju hasben yang dah terkoyak... takde la nak layan tv sangat. Si kecik tengah tido..

Dok leka menjahit, tetiba aku dengar si abang menjerit..

" Goooalll..!! yey... goal..!!"

Kemain kuat plak tu. Tangan siap angkat tinggi - tinggi... punye la syok dia jerit... Aku pandang la kat tv... Cerita apa?

ingatkan game bola...

Tapi rupanya game badminton...! kih3....

Sampai la ni bila terkenang balik, memang nak pecah gelak....ha3...


Gambar si abang masa umur 5 bulan 
( kalau tak silap aku ler...! )

-Psstt..tarikh kat bawah gambar tu typing error.. 

-kalau ikut tarikh tu, dia lum lahir lagik...tu yang tak sure berapa bulan dah dia masa snap pic nih..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bila aku bersedih...

Bila aku sedih... sebolehnya aku tak nak menangis...
Bila aku sedih... sebenarnya aku benci menangis...
Bila aku sedih... air mata tu menyakitkan mata ini...
Bila aku sedih... air liur tu rasanya pahit sekali...

Bila aku sedih... tandanya aku terluka...
Bila aku sedih... tandanya aku kecewa...
Bila aku sedih... khayalan aku semuanya buruk rupa...

Bila aku menangis... aku tak nak orang tahu...
Bila aku menangis... aku tak tau mane nak mengadu...
Bila aku menangis... aku takut orang ketawakan aku...
Bila aku menangis... aku takut orang benci kan aku...
Bila aku menangis... belum tentu ada orang datang pujuk aku...

Tapi...

Setelah aku menangis... beban kat hati hilang tak tau kemana...
Setelah aku menangis... leganya rasa hati...
Setelah aku menangis... puasnya rasa dihati...
Setelah aku menangis... aku tak nak menangis lagi...

Kalau aku menangis lagi... itu tandanya hati aku tersiat lagi..

*tengah hard feeling right now... tu yang kuar mengarut - ngarut tu... korang jangan pitam sudah lah. yek..!

10 Fakta pelik..! jom baca...

1. Satu - satunya bahagian anatomi manusia yang tidak mempunyai bekalan darah ialah.... kornea



2. Lebih ramai bayi dilahirkan dalam bulan September berbanding dengan bulan lain.


3. Lebih kurang 100 orang mati disebabkan tercekik pen setiap tahun secara purata.


4. Orang yang memiliki anak mata berwarna biru lebih sensitif terhadap cahaya berbanding mereka yang memiliki anak mata berwarna Coklat Gelap ! *anak mata ori tau...without contact lens!


5. Lebih ramai orang fobia dengan KATAK berbanding tikus...! *macam ade kena - mengena jer dengan seseorang tu...ha3

6. Nama pertama yang paling popular di dunia ialah...................MUHAMMAD

7. Purata kaum lelaki membeli seluar dalam adalah .... 3.4 pasang underware setahun..

8. Kalau dihimpunkan lemak yang ada dalam badan kita, cukup untuk membuat 7 bar sabun mandi.
9. Disebabkan angkasa takde Tarikan Graviti, angkasawan tak boleh menangis sebab air mata tak dapat mengalir..!

10. Kalau kita menJERIT selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari...kita akan menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan KOPI.


11. KENTUT... kalau berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, cukup untuk menghasilkan tenaga bom ATOM..!!* tak payah tunggu selama tu pon takpe, sekali lepas je..ramai yang nak pengsan!ha3..busuk!!

12. Bakteria membiak 700 kali didalam telinga selepas 1 jam kita menggunakan HEADPHONES..! *yurkhh..geli!

13. Makan EPAL lebih berkesan untuk berjaga malam berbanding minum minuman berkafein..!

14. Salah satu tips untuk turunkan berat badan ialah..: cium bau pisang dan/atau epal hijau... *ade yang nak try?

15. Pencipta telepon, Alexander Graham Bell tak pernah call isteri dan mak dia..SEBAB...kedua - duanya PEKAK...

16. Orang - orang Mesir cukur BULU KENING kerana berkabung atas kematian kucing diorang.. *hmm..orang kita bercukur kerana ape?

17. Psstt... nak tau? Hitler and Napoleon cume ade sebelah je buah zakar...

18. February 1865, satu - satunya yang tak mempunyai bulan penuh menurut sejarah.

Khamis, 13 Oktober 2011

Cekodok ke..cucur kodok?

Bendanya sama jer kan? Ada setengah orang pulak panggil jemput – jemput. Agaknya orang Johor je kot yang panggil cekodok tu, sebab dari aku kecik dulu mak bahasa kan cekodok tu jemput – jemput.

Mak aku orang Johor, ayah aku pon walaupun lahir kat Perak… dia membesar kat Johor. So, loghat utama kat rumah… loghat Johor. Sebab tu aku anggap perkataan jemput – jemput  tu perkataan orang Johor... Tempat lain panggil apa?

cekodok jemput jemput bawang

Baru lepas masak tadi. teringin nak makan. Tumbuk ikan bilis sikit + bawang merah sikit + bawang putih sikit + garam secukup rasa…pastu aku topup la ngan serbuk kari tu sikit. Muahahaaa… Ubah sikit resepi.

Heee… agak ‘tan’ sikit kaler jemput – jemput aku tu kan? Tapi laku jer… Laju je Opal dengan Fa’el makan. Tapi dengan syarat…

“mak kopek lah  ododok (cekodok ) ni…”

Opal punye request.. kalau tak, terkial – kial dia nak habiskan.

Eh… takkan makan saje je kan? Hohoh…! ade lawannyer.. mesti ade..

sambal kicap

Sambal kicap… perghh…terangkat..!! Pedas tapi tak le pedas sangat. Nanti takleh makan plak. Aku sorang jer yang cecah jemput – jemput tu ngan sambal ni.

Hasben aku orang nogori, kureng sikit nak cecah ngan sambal ni… dia lebih suka colek ngan sos cili.

DSC01892

Tu diaa… kicap cap kipas udang dengan sos cili Life… favourite kitorang…. Dah siap letak atas meja.

Korang makan cekodok colek tak? colek ngan ape?





Isnin, 10 Oktober 2011

Pampers yang dilupakan…

He3… petang tadi masa amik anak kat pengasuh belakang rumah aku ni, dia tanye…

“ Su, kau terlupa bekalkan pampers Fa’el ke tadi ?”

Hah..? alamak..!! biar betik..!! aku dah cemas… spontan aku tengok bontot si kecik tu… Ngan rasa serba salah aku tanye akak tu..

“ eh… ye ke kak? abih tu camne tadi?”

Ye lah, lepas aku anta diorang…akak tu takde lak call. Dulu masa susu Opal tak cukup, dia de call gitau..Lepas tu cepat2 ler aku anta kat dia. Kali ni dia tak gitau pon… abih tu camne ?

“ nasib baik de pamper extra kat rumah ni, budak2 dulu punye…ngam2 je untuk 1 hari ni..”

Hu3… rezeki Fa’el…yupp.. aku anggap tu rezeki dia lah…dapat pampes free…hehee.. Sori la Fa’el…cian dia… selalunye pas bangun tido, sebelum buat perkara lain…aku dah siapkan beg bebudak ni… siap ler ngan susu Opal & Fa’el, botol susu diorang…dengan pampers Fa’el dalam 4 keping… Tiap2 hari camtu… Tapi hari ni lain plak rutin aku… pas isi susu ngan botol susu diorang, aku terus siap2 nak pi keje. Pastu takde plak aku check up balik beg tu…

Tu yang lupe habih tu…ngee… cuai..! akak tu malas nak call, dia pakai kan jer pampers yang ade..besar pon besar la… patut ler kembong jer pungkoq dia masa aku amik tadi…keh3…

page1

followed jer lebih...tapi...tak jengah2...tak sempat, non !

A'ah... aku ler tu... he3... haaa... Beria - ia followed blog orang tapi tak sempat nak jengah pon... Bukan tak sudi, tapi tah ape la ... bulan lepas cam busy sangat plak...*poyoss

Tapi tu la... Lagi 1, aku ni kalau dah membaca sesuatu... Memang kusyuk... Once orang datang interrupt ajak sembang... habishh...! Hilang teruk fokus aku... mood nak baca pon hilang terus... elok2 rajin, dah jadi malas... parah!

So hari ni aku pilih satu blogger... Esok blog orang lain pulak la yek... eh... jap, sok pagi ngan petang ade meeting... ayyooo... erm... kalau tak sempat esok, lusa la aku pi blog yang lain...

Aku pilih... kotak bulat... untuk hari ni...


Aku baca dari awal dia open blog nih... tu memang style aku... once aku followed, aku akan sedayanye baca entry blogger tu dari mula diorang buat blogging... based on blog archieve diorang lah..

Suka @ tak? ish...ape pulak gitu ? jangan tanye camtu? 

Cer tanye camni?... camne ngan blog tu? ok tak?

Mesti la ok...orang dah penat2 perah otak carik idea... takkan tak ok kot...kan?

Tak heran la kalau cik kotak bulat ni de ramai follower...entry2 dia menarik...walaupun bukan la semua, tapi once aku baca, happy jer rasa..he3... lebih2 lagi ngan animasi yang cute2 tu...comel wok !

K...aku sambung baca blog dia..korang punyer turn...next time ok!

p/s : aku paling suka entry kotak bulat tentang telur & senaman sebelum tidur..hik3...

Khamis, 6 Oktober 2011

Kenapa pak guard or mak guard becomes kurang ajar...?

Woahh... mungkin tajuk entry ni panas je bunyinyer... sengaja aku letak tajuk camtu lepas aku baca entry puan Fitri : 'u dont have to be rude'

Aku lom pernah kena tapi ni based on pengalaman sebenar hasben masa dia bertugas.

Camni citernyer... ade ler 1 hari tu, balai hasben ade ler terima 1 panggilan kecemasan dari hospital. Ni bukan kali pertama pihak hospital panggil diorang bila ada kes - kes kecemasan.

Masa tu malam. Means, bukan waktu melawat dah habis ler kan... 

Bila sampai je sana, dah ade ler doktor yang tunggu hasben dan anggota yang lain. Ingatkan masalah ape ler sangat.. doktor tu terus bawak diorang ni masuk ke wad.

Kesnyer, pesakit tu pakai cincin yang saiznyer kecik. Tau la kan, kalau dah pakai yang ketat... susah pulak ler nak cabut balik. Cincin bukan biasa - biasa... Cincin titanium tuu..!!

Kikir pakai pengikir pon tak lut. Tu yang sampai panggil bomba..!

Lepas bincang2 dan buat persiapan nak potong cincin tu, baru nak mulakan keroje.. ade ler pulak mak guard ni datang bising - bising kat diorang. Padahal doktor ada skali masa tu kat situ...

Dihalau nyer ler hasben ngan anggota yang lain keluar. Gaya bahasa memang tak leh kata la.. teruk!

Hasben explain elok2 punca diorang ade kat situ... Bukannya nak melawat tapi nak menyelamatkan orang... eh... Jari orang... Kalau tak dapat cabut cincin tu, kemungkinan besar jari tu takkan berfungsi lagi. Erti kata lain, mati urat... Bila dah mati segala urat saraf, jawabnya... jari tu kena potong ler... Nak elak kena potong jari, diorang kena potong cincin tu. Jari pesakit dah bengkak plus berdarah2 dah tu..

Eh..mak guard tu tak paham jugak rupenyer... Habih dihamunnyer plak anggota yang bertugas tu... Hasben pun ape lagi...hot ler...keroje dia kena kacau... dia cakap la..

"kak, kitorang ni datang nak buek kojo. Kang siap kojo kang, kitorang balik la... takdo nak dok sini lelamo doo... tak buleh cakap elok - elok sikit ko?"

Tau mak guard tu jawab ape?

" Kitorang memang diajar supaya cakap kuang ajar camni..."

Uih... camtu jawab eh... aku bukan nak buruk - burukkan sesiapa... Mak guard ke, pak guard ker... Tau la diorang nak menjalankan tugas... Amanah dalam tugas tapi... biarlah beragak sikit. Budi bahasa kena ler ade... jangan ler cakap kasar sampai takde adab...tak kira ler sesiapa pun.

Tengok la keadaan... nak garang biar bertempat. Ada masa boleh garang ehh bukan... tegas. Jangan main hentam keromo jer...

Isnin, 3 Oktober 2011

Bila si kecik jadi jurucakap tak rasmi…

Yupp… still dalam mood malas kerja…kih3…Hummm… takde maknanya. Sebenarnye hari ni nak bawak Fa’el pi check up kat klinik. Check up rutin. Tapi disebabkan dia tak bangun lagi dari tido, aku curi – curi masa sikit buat entry nih.

Lambat sikit la aku pegi. Kalau pi awal sangat pon, diorang tetap layan lambat. Padahal bukan ramai orang pon. Tapi tak tau la ape yang lembab nau diorang tu. Lambat – lambat jer panggil giliran kitorang nih. Nak kata buat keje sangat pon…takde plak. Sembang jer lebih… pot pet pot pet…

Bestnya Fa’el tido… nyenyak jer. Jap bergolek ke kiri, jap bergolek ke kanan. Bantal…elok – elok jadi alas kepala, dah jadi bantal peluk. he3..

Since dia dah tau banyak butiran perkataan ni kan…rajin dia bercakap. Rajinnyer tu sampaikan soalan yang sepatutnyer abang dia yang jawab…dia plak yang tolong jawab kan…ish…ish…ish..ish..Cam semalam, aku tanya Opal.

“ Pal, makan ape tadi ?”

Opal wat ‘derk’ jer… si Fa’el yang jawab..

“ shik ( nasi ) la…”

Lagi 1, masa Opal buang air besar kat toilet. Kena tanya dia dah selesai lum, kalau tak dia diam jer.

“ Pal..! dah selesai berak lum?”

Opal lum jawab, si kecik tu yang jawab dulu

“ Dah…!”

eh..eh..eh… tah sejak bila dia jadi juru cakap Opal tah… tu baru sikit tu…Wokeh…tu je untuk setakat nih. Nanti aku citer lagi dalam entry lain.

DSC00550

As usual, just the 3 of us!


Ahad, 2 Oktober 2011

“Karoks” sampai letih…

Lepas insiden piring ( alcopal tau! ) tu pecah seribu petang kat rumah ayah semalam, aku decided nak pi rumah mak pulak.

Lepas aku citer kat mak, dia pon heran. Camne piring yang dah berbelas tahun guna, jenis alcopal plak tu…boleh pecah berderai ?

Sampai rumah mak, tinggal aku anak – beranak dengan mak jer. Hasben kena masuk kerja. Katanya kena standby dari 3 pagi till 6 pagi kat ner tah… Standby untuk larian apa tah kat Seremban tu… aku lupa dah…

Apa lagii… mak aku memang kaki karaoke… tuuu diaaa…mak aku pasang. Aku ingat dia yang nak nyanyi sangat. Rupanya tak… memula je mak aku nyanyi… ‘berduet’ ngan si abang…heh3… mak aku nyanyi ok la…si abang nyanyi? hmmmm…. nih, si kecik tu… Fa’el pon sekarang dah suka gak karoks… halus jer suara dia walaupun takde butir…

Huii…Haaa…OO…arr…. tu la yang kuar bila Fa’el nyanyi…lembut jer alun eh…he3…
page1

Last – last… aku yang bantai nyanyi sakan..ha3… jarang – jarang tau aku nak menyanyi karoks ni.. masuk yang ni baru 3 kali la aku tul3 nyanyi… lagu ? haaa…heh..heh… aishah…siti…ramlah ram… sikit lagu fransisca peters…uih… letih woo….semuanya menjerit sakan…erkkk…

Kalau hasben de, jangan harap ler aku nak nyanyi sangat.. apatah lagi depan public.. he3… segan uollss…dia pon kaki karoks jer tu… asal balik rumah mak, mesti karoks… atas permintaan wajib si abang..

Nape wajib? Sebaaaabbb…………. si abang pon gemar ber’karoks’…ha3….

Sabtu, 1 Oktober 2011

Rombongan ke Lui Timur.

Ada apa dengan Lui Timur ni ? Dah 2 entry aku asyik dok sebut – sebut jer. Kat mana Lui Timur ni ?
Ok… untuk soklan kedua tu, korang pi search kat google map k..

Untuk soklan pertama tu…ha… kalau depa dok heboh pukui canang pasai majlis nor-mey tu..er…norman + memey… aku pon nak pukui la gak canang aku… betui dak?

DSC01826

He3…ni tak dak sapa dalam kuarga mentua aku nikah…tapi ni gambaq pelamin kuarga bakal besan mentua aku. Anak pompuan depa nak sanding… eh… camne tu? ha3… pasal tadi depa buat 2 majlis serentak. 1 majlis bertunang antara anak depa ngan abang ipaq aku, 1 lagi kenduri untuk anak depa yang sorang lagi…

Ni ada sikit gambar yang sempat aku snap. Korang tak tau betapa mencabarnya tugas aku time ni? Opal ngan Fa’el bergayut di kiri dan kanan aku merengek – rengek bagai… Abah diorang plak hilang tah ke mana… adeih… ni jer la yang sempat. Korang tengok jer la…

page1

Yang berkaca mata tu, pak sedara pada bakal biras aku. Yang berkupiah putih tu... biras aku gak. 

page2

Ni tengah dok berunding pasal tarikh langsung. Tak berapa dengar sangat sebab bising. Yang aku dengar, tempoh tunang sampai bulan 6 tahun depan. Cadangnya nak langsung masa cuti sekolah nanti… Tarikh lum tentu. Akan dibincangkan kemudian.

page3

Putih… lambang kesucian…yo! saat jari nak kena ‘ikat’ selama lebih kurang 9 bulan…sebelum disunting seponoh eh…ngeh3…

page4

Ni dah ujung – ujung sebelum makan. Hantaran dari pihak kitorang kekuningan. Pihak pompuan plak warna merah… 5 berbalas 7… hantaran ? jeng…jeng…jeng…syyy…aku tak tau pon..! keh3…

wokeh…tu jer la siaran tak berapa langsung dari aku…heheh... InsyaAllah…mudah – mudahan pertunangan ni kekal hingga ke jinjang pelamin…

p/s :

Melayankan dua hero cilik tu, akhirnya aku balik dari kenduri ni tanpa sempat menjamah apa - apa makanan... huhuhu... sampai rumah, bedal maggi je dik! Yang sadis tu, piring buat tutup maggi tu boleh pulak retak seribu. Nasib baik la dah alih jauh dari maggi tu baru berderai... huhuhu!

Kenduri doa selamat…

Sengaja aku amik cuti gantian yang jabatan bagi hari tu, semalam.

- Eh…cuti gantian ? Jabatan bagi ? nape ek?

Kan hari tu aku kena kawad sempena sambutan hari kemerdekaan tu… Tu yang aku dapat cuti gantian ni. Diorang dah amik awal – awal hari tu. Aku jer belom. Semalam la aku amik.

Kebetulan plak rumah mentua ada buat kenduri doa selamat malam semalam. Dah sedang elok la tu kan? Lepas solat jumaat baru aku sampai rumah mentua.

Tak sangka plak sampai sembelih kambing. Wah… korban kambing ko..! Asalnya ada 2 ekor kambing yang nak disembelih…tapiii… sekor dah terlepas. Tak tau la camne boleh terlepas…

Takde rezeki la tu… dapat sembelih sekor jer…sib baik yang sekor ni besar sikit dari yang dah terlepas tu. Diorang try cari sampai nak ke maghrib… langsung tak jumpa…tah mana lah kambing tu lari..

page

Diorang buat doa selamat ni sempena keberangkatan rombongan ke Lui Timur hari ni. Hmm… alhamdulillah…berkat doa selamat tu, semuanya berjalan dengan lancar hari ni… Rombongan ape? Leh agak tak? heheh… cer la teka….next entry aku bagi jawapan.