Selasa, 27 September 2011

Si kecik dah tak demam…tapiii…

Disebabkan tengahari tadi dia tak berapa nak makan, masuk jer malam… dia start muntah2. En. aus keje lak tu. aiseh…

Asalkan masuk food jer, dia mutah.  Minum air pon muntah. Terpaksa berulang – ulang kuar masuk toilet. Baju pon asyik kena tukar je. Bile dah tak larat, tak tahan dengar si kecik tu merengek, aku sms en. aus. Tengah malam tepat, kitorang pi bawak nufail ke klinik. Bile dah check up, rupenyer tekak dia bengkak. 

Perut dia dah masuk angin. Sebab tu dia takde selera nak makan. Alahai… aku tengok si kecik tu lemah jer. Patut la dia tak berapa nak makan. Tekak tengah sakit.

Doktor bagi ubat tahan muntah ikut punggung. Kalau bagi ikut mulut, nanti dia muntah lagi. Doktor suruh bagi makan dengan minum dalam kuantiti yang sikit tapi berterusan. Sebab walaupon dah masuk ubat, dia tetap akan muntah. So, doktor suruh pantau muntah dia. Kalau muntah kurang dari kuantiti makanan yang masuk, itu ok…

Doktor cakap, si kecik mata bulattu mungkin akan kerap muntah lagi tapi kalau semakin kurang muntah tu…itu petanda positif. Tapi kalau masih banyak dan kuar muntah tu lebih dari kuantiti makanan dan minuman yang masuk, doktor mintak kitorang hantar dia terus ke G.H…

Sebabnye, kalau kitorang terus hantar sekarang pon, nanti diorang just tahan untuk masukkan air je dalam badan. Doktor tu sendiri cakap yang diorang kat G.H tu tak berapa nak detail sangat kalau kitorang terus hantar sekarang. So, aku kena usaha sampai dia nak makan.

Balik dari klinik, aku mintak en. aus belikan ais krim vanilla dengan nasik goreng yang dia suka sangat makan… nasik goreng ikan masin. Dengan harapan dia nak makan la nanti.En. aus yang suapkan dia makan sebelum pi keje semula. Dia mintak excuse jap sebab pas dengar si kecik tu muntah2. Lepas dah makan aiskrim tu, dia mintak air masak. 

Tul cakap doktor. Tak lama lepas tu, dia muntah balik tapi just muntah air masak jer. Tapi aku lum yakin lagi, so…aku biarkan si kecik tu relax jap. Time ni aku tengok dia dah macam bertenaga sikit. Kalau tak tadi, lembik jer. Nak jalan pon tak larat. Nak baring and nak tido jer. Mulut dia nampak macam merah sangat.

Dia cube tido, tapi dah perut lapar kan…mane leh tido sangat. Aku pujuk makan. Bile dah rasa nasik tu 2 kali, kali ke 3 dia mintak lagi. hmm… aku harap tu petanda baik. Tetibe dia cakap nak muntah. Pupp….kluar lagik muntah dia tapi nasik kuar sikit jer. Yang lebih tu… air. Tadi memang dia minum air banyak.

Dekat kul 3 pagi tadi baru dia leh tido. Tapii… 4 lebih tadi, dia merengek cari air. Panas badan dia naik mendadak. Aku takde pilihan, terpaksa mandikan dia. Lepas tu aku try ajak dia makan lagik nasik goreng tu yang aku dah panaskan siap2. Mula2 dia mengamuk sakan tak nak makan.

Aiii… dia tak tau gaknye yang mak dia nih sampai tak leh tido risaukan dia. Aku pon dah lupe nak makan . Ape pon aku tak ingat dah. Cuma tumpu kat dia jer. Nasib baik lepas tu dia nak makan. Banyak la jugak… Dan yang paling aku lega…. dia tak muntahkan balik. Alhamdulillah… Sampai kul 5 pagi aku tunggukan dia tido. Jap tido, jap kang aku jaga.

Ni aku dah anta sms kat officer aku. Semalam aku cakap aku emergency sebab aku tak sihat. Ye la memang tul pon aku tak sihat.  Hari ni aku emergency lagi. Aku cakap anak tak sihat. Officer aku cam tak caye jer bile aku bagi alasan tu tadi.

Ek eleh… dia ingat aku nak ‘kencing’ ke? eayy… bab sakit anak – anak… sori ler aku nak memain eh… takkan aku nak sumpah anak2 aku sakit plak kan? agak2 ler sikit…

Takpelah, kalau officer aku tak nak caye pon takpe. Janji anak2 aku cepat sihat.

cats

Tiada ulasan: