Rabu, 28 September 2011
Ragam Fa’el…
Yang Opal plak…dah jadi macam hobi plak…suka menyakat si adik sampai Fa’el mengamuk sakan…
Makin ditegur, makin gemar plak dia mengusik si kecik tu… Masalah si kecik tu, kalau dah nangis… macam brek lori tau…kena tekan, lepas… tekan, lepas… dah ulang2 tekan – lepas tu baru la dia berenti nangis…adoiyai…
"Jom tambah follower".
Selasa, 27 September 2011
Hidungnyer ‘tercabut’ !
Si kecik dah tak demam…tapiii…
Doktor bagi ubat tahan muntah ikut punggung. Kalau bagi ikut mulut, nanti dia muntah lagi. Doktor suruh bagi makan dengan minum dalam kuantiti yang sikit tapi berterusan. Sebab walaupon dah masuk ubat, dia tetap akan muntah. So, doktor suruh pantau muntah dia. Kalau muntah kurang dari kuantiti makanan yang masuk, itu ok…
Isnin, 26 September 2011
Si abang pulak demam…
Ahad, 25 September 2011
Si adik demam malam tadi…
Sabtu, 24 September 2011
When he happy, I’m happy Too…
Jumaat, 23 September 2011
Patut la budak tu rembat sandal laki aku..!!!
Khamis, 22 September 2011
Rumah Peninggalan Arwah Tok Ayah
Rumah aku diterjah pencuri
Selasa, 20 September 2011
Rahsia diorang...syyyyy!!!
Isnin, 19 September 2011
Tips : kalau terkena air panas...
Segera cari garam masak ( better garam biasa or garam halus... garam kasar tak sesuai untuk tips ni. ) dan segera celupkan / tepekkan di tempat yang terkena air panas tu.
InsyaAllah... tempat yang terkena air panas tu akan sembuh seperti sediakala tanpa kesan merah yang menyakitkan..
p/s : Boleh digunakan untuk sesape je termasuk anak - anak kecil kita.... tips ni aku dapat dari kisah benar kawan sepejabat...
Sabtu, 17 September 2011
Palong 8… petang raya pertama
Nota kaki : psssttt... laman belakang rumah Tok Long kita cantik tau! macam taman ala2 puteri raja... kemas je...
Pagi raya pertama @ pilah
Baju hantaran jadi baju raya…
Ni baju hero2 kecik aku. Nape lain ? nape tak sama tema ? Memang sengaja aku tak letakkan tema. Baju en. aus tu kebetulan jer hampir sama warna ngan kaler bunga kat baju aku. ke... dia sengaja cari yang sedodon? ehh..? hehee
There… nampak colourful kan? Ade oren, ade pink…ade hijau…eh…biruuu…
p/s : aku ingatkan takde sape yang perasan baju kurung aku tu., ghupe – ghupenyer, kak ipar aku tau daa…dia yang belikan baju tu dulu…ha3…kantoi..!
Hari Kebangsaan @ Negeri Sembilan
Jumaat, 16 September 2011
Malam raya dan raya pertama
Khamis, 15 September 2011
Postmoterm raptai semalam
Kata Puan Fitri…
“ Kena tebalkan muka kalau nak ramai follower… ”
Yup..aku pon dah tengok cara dia dapatkan follower sampai melepasi paras 100 orang. Memang nak kena tebalkan muka… kalau dapat setebal kamus oxford tu lagi bagus…wah..confirm lepas ni lagi ramai yang join.
Aku memang de rasa nak buat macam tu lepas cuti raya hari tu. Time raya, memang aku kurang rajin. Masa pon agak terhad masa tu. Sibuk ngan agenda raya.
Tapi… sampai hari ni, aku lum sempat lagi nak panjangkan langkah pi melawat blog – blog yang ade. Lagi pulak, aku seorang yang selektif. Bile blogger tu buat entry yang menarik minat aku, baru la aku tinggalkan komen atau jejak.
Hmmm… mungkin sebab sikap aku yang memilih camtu la yang buatkan orang pon tak berapa nak singgah kat laman blog aku ni. Sebab diorang jugak memilih. Ye lah… aku paham. Sape yang nak baca entry yang membosankan. Tul tak?
Bukan tu jer. Bile aku dah memilih untuk menjadi follower bloggers tu, aku akan amik masa untuk baca keseluruhan entry bloggers tu dari mula diorang terbitkan entry diorang. Jenuh jugak tu… tapi aku kan nak jadi follower dia…dah tentu la aku nak tau kisah blogger tu dari dulu sampai yang terkini kan?
Aku rasa aku dah pernah buat entry macam ni dulu. Dan kali ni aku ulang lagi sekali. Bosankan? Takpelah, boleh stop sampai sini jer pada sesape yang dah bosan. Tinggalkan saje entry ni. Tapi jangan lupe jengah entry aku yang lain…he3..
Tengoklah, insyaALLAH aku akan BW semula minggu depan. Minggu ni aku agak sibuk sikit dengan latihan kawad sempena sambutan Hari Kebangsaan esok. Pagi latihan kawad, petang pulak kena masuk opis. Memang memenatkan sampai aku tak sedar hari pertama latihan kawad hari tu… aku leh tertidur kat opis. Nasib baiklah Pengarah tak meronda time tu…ngeh3…
OK… cukup bebelan aku sampai sini…nanti aku sambung lagi…selamat membaca…he3
Blog aku hilang ?
Rabu, 14 September 2011
Hey baby! free gift…
Selasa, 13 September 2011
Esok... berdebarnyer...!
Isnin, 12 September 2011
‘Becinta’ di UPM…
‘Becinta’ bukan bercinta… dalam istilah aku, ertinya… perasaan lemau selepas menunggu sesuatu dalam masa yang leh tahan gak la lamanye… he3…
( tak boleh digunakan dalam peperiksaan B. Melayu yer… )
Bila kena tunggu lelama ni, pastu bawak plak bebudak yang tengah lasak ni… korang – korang yang dah jadi mak apak orang tentu dah paham kan…
Banyaknya ragam diorang. Tak reti dok diam… aku plak tengah boring. Hasben plak.. sampai je kat situ, dah berkejar ke tandas. Sakit perut katanyer…alahai
Apa lagi… jadi le aku photographer yang nan hado je… ngeee…
Tengok…sampai herot – herot mulut opal kena paksa posing depan kamera…ha3…
Tengoookk… tak reti dok diam… jap dia berjalan sana sini, jap kang dia dok kat tepi tu… tangan…tak payah cakap… hitam… sebab pegang cermin kaca tu… opal pon sama… -.-'
UPM ? ape cerr?
Ape cerr? Ni ha citernye… kisahnye aku pi anta my lil’ sis further study kat U tu… aku dah intro pasal ni kat entry aku yang lepas. Korang carik la, baru ‘trill’ sikit..he3..
Lepas hampir tersesat, bukan sesat nak ke UPM tu.. tapi hampir sesat kat dalam UPM…! Caya tak caya la… tapi memang betul..he3… Tak tau plak aku UPM ni superb luas… Lepas enter kat mainframe gate, baru kitorang tau fakulti my sis yang paling hujung… Hampir tawaf 1 pusingan, baru la jumpe…fiuhh…!
Sib baik skali tawaf jer…ha3
Lambat gak la kitorang sampai, tapi yang bagusnyer… kitorang tak payah tunggu lelama. My sis pon tak payah nak beratur lelama…
Psstt…walaupon tak lama, ‘becinta’ gak la kitorang tunggu… ( nada berbisik ..he3 )
Lepas selesai je pendaftaran, dah tau asrama mane nak dok nanti… baru la kitorang pi amik barang – barang… banyak plak tu. Keta plak terpaksa parking jauh dari tempat daftar tu…hu3…jenuh plak la nak berjalan.
Sambil – sambil menapak nak ke asrama tu, sempat gak la aku mintak en. aus snap2 gambo ni. Gambo atas tu tempat diorang nak belajar nanti.
Yang bawah tu… kedai buku a.k.a short-cut nak ke blok akademik.
Yang ni asrama diorang. Nampak baru jer kan…
Biru jer… pon nampak baru….
My en.aus = my husband… Berangan kononnye dia tersingkir dari akademi fantasia… ha3.. af yang ke berapa, aku pon tak tau…kih3…
Layannn… berangan tak salah okey…
Lepas dah selesaikan ape yang patut, sebelum kul 2 kitorang dah ‘chow’… saje nak bagi my sis relax lama sket sebab kul 3 petang tu diorang dah start orientasi selama 5 hari 4 malam.
Selamat menempuh alam baru di Universiti dikk… Good Luck…
Jumaat, 9 September 2011
Kenapa aku nak join kawad?
Kalau kengkawan aku kat opis ni, diorang dah tau betapa liatnye aku bile disuruh berkawad. Sebelum ni pon dah banyak kali aku skip..
Tapi bukan suka2 ek… kebanyakkannye aku skip dengan bersebab. he3… sebab tu pun memang munasabah la untuk diguna pakai.
Kali ni meh aku gitau nape aku leh plak join kawad kaki sempena sambutan hari merdeka ni nanti…sebab – sebabnye adalah…:
1. En. aus kata…ok jer !
Memula dapat surat arahan tu, aku citer dulu kat suami. Maklumlah, tarikh kawad tu jatuh pada hari cuti. Biasanye memang camtu. Kalau aktiviti luar dari bidang tugas jatuh pada hari rehat, memang kena gitau en. aus dulu. if dia kata..ok jer…! so…can proceed la…
2. Pengasuh anak2 kata…ok jer !
See… ape – apehal pon, persetujuan pengasuh pon penting gak. Kalau tak, sape pulak yang nak jaga anak2. Sebab hari cuti kan, tengah musim raya plak tu. Takut la kot2 pengasuh aku tu de plan nak gi berjalan plak.. Tapi hari tu akak tu dah kata..ok jer!…ok…proceed !
3. Angan – angan nak turunkan berat badan.
Kui3… angan – angan tak tahan tu ! Nak turun kan berat badan…!!!! ha3…eh…angan – angan tak salah. Hari tu kan cuti ! seminggu plak tu…raya…macam2 la makanan yang aku dah sental…heh3… Tak dapat turun banyak, dapat sikit pon jadi lah…boleh? Tapi tadi timbang, macam takde kesan jer…haih…camne tu?
4. Nak exercise….kononnye…
Dah lama badan tak berpeluh giler2, bile dah berkawad kat parking kereta yang bertar…bawah matahari terik tu…memang sah2 la pecah peluh kan…korang dah pernah rasa camtu? Tahap extreme la kononnye. tapi takde la sangat. masa rekrut dulu lagi ekstreme. Tapi lum leh lawan rekrut jabatan en. aus. Diorang punye rekrut lagi eksteme.
5. Nak longgarkan segala sendi.
yup… since aku keje kat cawangan sekarang, aku jarang bergerak dari meja. asyik mengadap komputer jer. sampai la de skali tu, tangan kanan aku jammed jap. takut giler aku dibuatnyer… perkara tu jadi sebab aku asyik pegang ‘mouse’ komputer hampir sepanjang hari. dah rasa macam nak kena stroke plak..hu…seram !
6. Keistimewaan yang aku dapat…
Antaranye… leh rehat lebih awal dari selalu…he3…selalu rehat kul 1 kan? bile dah join kawad, diorang bagi rehat awal. hak3…( gelak jahat ). Dapat makan sarapan free. Dapat air minum free… apelagi..erm…bos2 tak leh kacau…yess…opss..tu keistemewaan ker? boleh lah kot.
Last but not less….
Taaa daaa….. dah lama aku nak kasut ni…muahahaaa… my wellington shoe… hak milik kekal ok…bukan pinjaman…ahaksss…best giler. ngam – ngam saiz kaki aku jer…
And again…ta..daaa…adoiii…silau tak?ha3….bertambah lagi koleksi kasut boot aku…walaweihh….