Isnin, 20 Jun 2011

gaji vs COLA...

3 perkara yang selalu jadi perhatian kakitangan awam :

      1. Kenaikan gaji.
      2. Bonus.
      3. Elaun ( segala macam elaun termasuk COLA )

Dalam pembentangan budget tahunan pun, yang kakitangan awam selalu tunggu dah tentu la kenaikan gaji dan bonus. Elaun tu kurang sikit la. Aku pun macam tu jugak sejak dah jadi penjawat awam ni.

Kenapa elaun kurang diambil kisah?
Sebab... elaun bukan gaji.

Ehh.. dah tentula kan..he3

Sebab lain... elaun boleh ditarik bila - bila masa je..
Tak macam gaji..

Tadi bila aku baca surat khabar pasal CEUPACS mintak naikkan COLA..
Aku rasa... alahai..watpe? daripada naikkan COLA tu, lebih baik naikkan gaji.
Sebagai penjawat awam diperingkat sokongan, walaupun sedikit je kenaikan gaji..
itu lebih baik daripada kenaikan elaun seperti COLA tu.

Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab..
Tak semua penjawat awam menerima elaun COLA penuh.
Hanya yang TIDAK tinggal di kuartes sahaja yang dapat menikmati COLA penuh.
Yang tinggal di kuarters ?
Kami hanya terima separuh sahaja daripada elaun tu..

ishh..mula la orang cakap kami tak bersyukur..
dapat separuh pun mengeluh...

Bukan... kami bukan mengeluh..
Tapi tu hakikat. Kami yang tinggal kat kuarters ni pun ade kehidupan masing - masing.
Yang tinggal di luar ni biasanya yang bujang, yang bergaji besar atau yang ade kerja sampingan lain.

Ataupun mereka yang dah ade rumah sendiri ( yang dah mampu buat potongan tinggi tiap - tiap bulan. )

Bagi kakitangan awam yang hanya bergantung sepenuhnya pada gaji sebagai penjawat awam dan ade keluarga yang perlu disara, kemudahan kuarters sangat kami hargai.

Mesti ade yang berkata, takpe la...
ade jugak kuarters.

Betul..

Ade jugak yang cakap, ok la tu dok kuarters.. kalau tinggal kat rumah sewa lagi banyak kos. harga sewa rumah bukannya murah..

Tu pun betul jugak..

Tapi..kalau nak bagi kenaikan tu biarlah adil untuk semua penjawat awam. Bukan melalui elaun tapi melalui gaji. Supaya semua anggota dapat rasa kenaikan tu. Potongan separuh dari COLA tu tetap banyak.

Katalah, dari RM 300, kalau tinggal di kuartes..dah tinggal RM 150 je.
Yang RM 200 tu, dah tinggal RM 100 jer..

Elaun rumah yang RM 180 tu dah tentu kena potong habis.
Takpe la, memandangkan kos sewa rumah sekarang pun lebih mahal dari tu.

Tapi kalau la CEUPACS mintak naikkan lagi elaun COLA...
Yang dapat nikmati sepenuhnya cuma penjawat awam yang TIDAK tinggal di kuartes.

Tu pendapat aku la... dan itulah dilemanya...
Tentang bonus 2 bulan gaji...hmmm...persoalannya, boleh ke? he3..
Ni bukan blog untuk menghasut..
Aku pon tak suka menghasut...
Tu cuma pendapat aku yang bukan sesape nih....
bye...

2 ulasan:

Fitri Senin berkata...

seyes sokong naik gaji...ataupun derang revise kenaikan tahunan tu bg gempak sket..

blasahje berkata...

kan..kan..kan....