Selasa, 14 Jun 2011

Bile si kecik demam

Semalam lagi masa amik anak – anak dari rumah pengasuh, aku dah rasa badan si kecik ni bahang semacam.
Petang tu ok lagi. masuk jer tengah malam badan dia dah naik panas.

Si abang plak bile aku cakap adik demam, cepat je dia raba dahi adik ehh.. pastu rasa leher adik ehh.. kononnye nak rasa suhu badan si adik panas ke tak.. he3.. pandai..

Pas 4 jam bagi ubat minum, suhu camtu gak tak turun. Aku terus basahkan badan dia, tukar lampin and masukkan ubat ikut punggung plak.

Biasanya cepat je suhu badan turun pas pakai ubat tu, tapi ni tak. Bangun pagi tadi badan si kecik masih bahang lagi. Mata layu je.. kesian pulak aku tengok.

Tengok jam dah pukul 7, hmmm…tak sempat la aku nak bersiap gi keje camni. Tengok plak muka si kecik yang ‘lemau’ jer tu..alahai..

Aku mandikan dia and sekali lagi aku masukkan ubat punggung yang memang selalu ada dalam peti ais tu untuk kes emergency camni..heh..

Lum gak turun suhu, jam dah dekat 8 pagi baru turun sikit. ahh..masa ni dia dah lincah semula cam orang sihat.

So aku hari ni emergency jer la. tengok kan si kecik ni yang dari semalam asyik nak menempel je. Ni dia dah tido balik. ngantuk agaknye sebab dah bangun awal. malam tadi plak asyik merengek je. Sian dia, tido siap mengigau plak tu..adehh..





Tiada ulasan: