Selasa, 31 Mei 2011

Saat ajal datang menjemputnya..

Hari tu aku ade janji yang aku akan kongsi cerita tentang salah seorang anak angkat kepada Norlina Alawi yang baru meninggal dunia awal tahun ni.

Tujuan aku kongsi cerita ni pun bukan bertujuan untuk mengaibkan arwah atau ape2 pun.

Aku sekadar ingin berkongsi ape yang aku rasakan selepas aku dengar cerita Pn. Norlina dan juga selepas menonton tayang tentang arwah oleh Pn. Norlina Alawi masa Seminar Pemantapan Kesihatan Wanita hari tu.

Arwah ( sori..aku tak letakkan nama arwah.. mungkin ni lebih baik kot.. ) baru berumur 10 tahun semasa dia dijemput Illahi bulan 2 hari tu.

Anak ini meninggal dunia selepas lama menanggung kesakitan atas penyakit yang dia hadapi dari kecil. Semakin hari, dia semakin lemah apabila tubuh badannya tak mampu lagi melawan segala jangkitan. Mesti korang tertanyakan kenapa dia jadi macam tu?

Dia dijangkiti HIV. Ingat.. aku bukan nak mengaibkan arwah. Tapi hayati cerita ni sampai habis terlebih dahulu.

Arwah adalah anak yang bersih dari noda, bersih dari dosa. Anak yang telah dididik oleh Pn. Norlina Alawi untuk menjadi sebaik – baik manusia. Diajar segala ilmu tentang Islam, tentang kewajipan menunaikan tanggungjawab sebagsi hamba ALLAH.

Saat dia sedang dijemput Illahi, Pn. Norlina dan anak – anak yang lain ada di situ.

Saat nyawanya ditarik... kakinya menggeletar kuat, tangannya menggenggam kuat tangan si kakak. Terlalu kuat !

Saat nyawanya dicabut dadanya berombak mengikut rohnya yang sedang meninggalkan jasad. Saat rohnya ditarik melewati tekak, matanya terbeliak.. astaghfirullah ! betapa sakitnya saat rohnya hendak dipisahkan dari jasad..

Aku teringat keluhan Rasulullah semasa rohnya dicabut dari jasadnya dulu. Dicabut dengan cara yang paling perlahan, tetapi masih menyakitkan hingga membuatkan Rasulullah mengeluh.. betapa kematian itu amat menyakitkan…

Macam tu la agaknya arwah kecil tu alami agaknye.. aduhai !Tak terbayang dalam kepala aku ni keadaan macam tu…

Sekali lagi, aku tak berniat untuk mengaibkan sesape. tapi sekadar ingin berkongsi. Kerana keinsafan itu datang dengan pelbagai cara. Macam mana pula keadaannya tatkala kita dijemput Illahi nanti?




Sabtu, 28 Mei 2011

Seminar untuk wanita

23 Mei hari tu, jabatan hantar aku ke Seminar Pemantapan Kesihatan Wanita. Anjuran Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan D.K, Jabatan Perdana Menteri.

Seminar tu dirasmikan oleh ADUN Gemas. Wanita jugak. Baru la aku tau, rupanya dia tu la satu - satunya ADUN wanita kat N9 nih... 


Ade sikit keluhan dari ADUN tu. Katanya wanita ni kurang prihatin. Dari segi ape?

"puan – puan tau ke kat mana pusat aduan yang khas untuk wanita kat Negeri Sembilan ni?"

Hmm… masing – masing diam je. Termasuk aku.. oh my.... baru la aku tau pentingnya utk kita sebagai wanita ambil tau perkara ni.


Penceramah kedua pulak bagi ceramah tentang barah. 2 barah utama yang dia sebutkan. Barah Payudara dan Barah Pangkal Rahim. Ade sikit diselitkan tentang Fabroid dan CYSE.


Korang kenal tak nama ni : NORLINA bt. ALAWI..pengasas PERNIM.

Rancangan tentang dia pernah ditayangkan kat TV1 tentang anak – anak angkat dia yang terdiri dari kalangan kanak – kanak yatim piatu, terbiar dan ade antaranya menghidap penyakit HIV. Ramai gak la yang tersentuh hati dengar pengalaman dia sepanjang menguruskan anak2 yang kurang bernasib baik tu.

Yang paling aku tak lupa bila dia menceritakan detik2 seorang anak angkatnya ketika menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya. Nanti aku story kat next entry ok…


Tuu haaa... gooddies bag ! Isinya...


Ehh... yang de tanda harga tu bukan diorang bagi. Tu aku bawak dari opis. he3... Cerr korang tengok pen tu... Cam pelik je bentuknya !

Psstt... Aku rempit je pi kursus ni kat Dewan Theatrette ni dengan berbaju kurung. Rempit dengan skuter kesayangan tu la... Senang sikit nak parking...

Jumaat, 27 Mei 2011

Gatal gelenyar...

Haa...amik ko.. Apa maknanya tu ? Maknanya sama la dengan gatal geletis a.k.a gatal yang amat - amat.

Kalau garu dengan berus dawai pun lum tentu elok. Yang aku nak citer skarang ni bukan pasal penyakit gatal yang kat kulit tu..

Tapi gatal yang lagi 1 tu...'tang' perangai tu.. Perangai manusia yang sukakan hak milik orang..

Dah tau orang yang dia suka tu dah jadi hak orang lain..Masih nak menggatal tu kenapa?

Lelaki ke.. perempuan ke.. kalau ade sifat gatal gelenyar ni..hish..payah nak cakap..

Sama je... baik lelaki atau perempuan... baik yang bekerja atau yang masih hingusan..

Kisah wanita yang bekerja menggatal dengan laki orang, aku tak nak cerita. Kisah lelaki sengaja nak test power dengan bini orang pun aku tak nak cerita..

Yang aku nak cerita sekarang ni, kelompok hingusan. Yang pad a.k.a tuala wanitanye pun masih gunakan duit makbapak depa. Sluar dalam pun guna duit makbapak.. ape kess..?

Sekolah lum habis lagi. SPM pun tak tau lagi lepas ke tak nanti. Tapi dah de perasaan nak tackle hak orang...

Kalau hak orang tu pun sama melayan.. tu lain lah..

Ni tak... orang tu dah siap cakap dah NO HARD FEELING..AKU DAH KAWIN..!!

Tak paham bahasa jugak. Katanya cuma nak jadi kawan. Tapi kalau dah sampai bermesej - mesej suh jemput la, apa lah.. Kawan ke macam tu?

Siap hantar sms bertalu - talu. Bila sms tak berbalas, eh.. missed call pulak..!

Dengan harapan orang yang dia nak 'kawan' je tu akan reply. Bila tak dilayan, dia hantar pulak sms. macam ni bunyinye.."sms tak jawab, missed call tak jawab, tutt....."

Suddenly get tempered pulak..ape ke menda tu? kata nak kawan, tapi melebih - lebih pulak.

Eh..eh..eh... si dia tu dah berumahtangga.. JANGAN GANGGU..!!!

Tak paham bahasa lagi tu.

Haihh... perjalanan kamu masih panjang lagi... banyak lagi ujian dan dugaan yang perlu kamu hadap nanti. Buat ape la kejar hak orang.

Gi skolah, tumpu pada pelajaran.. untung2 SPM ko cemerlang.. dapat masuk universiti.. untung2 universiti luar negara.. masa tu nanti lagi banyak pilihan yang akan datang untuk kamu pertimbangkan sebagai pasangan sehati dan sejiwa kamu..

Jangan la ganggu hak orang lain.. kerana pasangannya pun kaum sejenis kamu.. hormatilah perasaannya....

Done...





Selasa, 24 Mei 2011

Tak makan puji..

Puji cukup setakat suka..
Tapi awass..
Jangan termakan pujian.

Sebab..

Tak semua pujian tu betul2 ikhlas..
Kadang orang puji..sebab nak mengampu kita..
Kadang orang puji..sebab nak ambil kesempatan atas kita..
Kadang orang puji..tapi sebenarnya dia perli..
Kadang orang puji..nak ambil hati..
Kadang orang puji..memang ikhlas dari hati...

Yang ikhlas tu la payah nak dapat..
Susah nak detect sape yang betul2 ikhlas puji kita..

Sebab tu.. walaupun aku suka kena puji..
Tapi.. aku cuba ingatkan diri sendiri..
Jangan senang termakan puji..
Takut nanti, makan diri..

Tak mau... tak mau... ^_^



Ahad, 22 Mei 2011

Facebook a.k.a FB

Boring..
Bila demam FB melanda, apa - apa je mesti ada FB..
Sikit sikit FB.....

Kata orang..
Nuffnang pun dah kena jangkitan..
Demam FB..

Sebab..
Nak komen kat Nuffnang..
Wajib ade Fb..

Apa la..
Dulu time world cup..
makan bola, minum bola, tido pun bola..
Sekarang..
Semua FB..

Makcik - makcik pun tau FB
Diorang pun ada FB..

FB dah jadi macam 1 trend.. 
FB dah jadi macam satu status..
Sape takde FB..
Boring..
Sape ade FB..
Wahhh....

Bile jumpa kengkawan..
Mesti ade ayat ni..
" ko ade FB..?"
@
" add la aku kat FB korang"
wuuu.... havoc...
Asalkan FB..

Sampai kat tempat keje pun FB gak..
Member duduk meja sana..
Dia duduk meja sini..
Jarak sekangkang kera..
Tapi sembang dalam FB..

Bile tiba bab keje..slow je..
Bile time FB..
Fuhh... jari tu laju je menaip..

Dalam FB macam - macam ada.
Shopping pun boleh..
Jumpe kawan lama pun boleh..
Yang tak pernah jumpa..
Lagi la boleh..

Dalam FB..
jumpe kawan lama..
tanya khabar..
ape citer skarang?

Dalam Fb..
jumpe kawan baru..
Hai..hello..
Boleh kenal..?

Dalam FB..
jumpe kawan yang sebenarnya sekangkang kera je.
Tapi sembang jugak dalam FB..
Salah satu agenda..
MENGUMPAT..!!
sebab orang lain tak boleh dengar..
Nampak macam buat keje..or ape je..
Tapi rupanye..
mengata orang..

Yang bagus dengan FB..
Boleh jumpa kawan lama..
Yang jauh boleh jadi 'dekat'..

Yang tak bagus dengan FB..
Bile jadi medan mengumpat..
medan bertengkar..
medan mengata..
Line clear..

What ever..
Yang pastinya..
Aku dah kebah..
kebah dari demam FB 
yang
cume suam - suam kuku jer..
La ni aku takde FB..

Tapi aku dapat demam baru..
demam..
BLOGGING...
he3..



Rabu, 11 Mei 2011

Intonasi suara saya

Masa aku blog walking semalam, aku jumpe artikel ni http://whiteymommy.blogspot.com/2011/05/inotasi-suara-saya-memang-kuat.html

Kenape aku pilih artikel ni untuk aku ulas? Sebabnye, artikel ni sangat – sangat dekat dengan aku.... dari zaman sekolah dulu... sampai le ke alam pekerjaan nih.... cuma sekarang cara aku hadap mende ni lebih baik kot.... ^_^

Masa kat boarding skool dulu aku selalu kena sound kat member – member. Kata diorang suara aku kuat sangat. Kalau berbisik camne pun orang lain leh dengar lagi..( boleh agak tak apa maknanya tu??  )

Kebetulan aku ni pun ade lah sikit kepoh.. Bila bersembang ngan member sebelah.... ade je la yang sound. Katanye, eh..volume tu slow kan la sikit..”

Puas la control volumee.. Hmm.. tak jugak berjaya. Diorang boleh dengar lagi suara aku... padahal aku rasa dah habis slow dah tu... tinggal lagi tak 'mute' je.... 

Tapi yang peliknye, bila cikgu suruh aku public speaking or buat presentation, ngan tak disangka – sangka.. suara aku mcam tenggelam ke laut plak.. Tetibe jadi slow tak leh nak up limit..ish..ish.,.ish.. heran tul aku..camne tah.. kena sound jugak... awat suara hang tenggelam timbul?

Tu cakap ngan member face to face tu..... 

Cakap via phone? eleh... sama jugak.... volumee aku tetap kuat cenggitu jugak... 


Masalah volumee aku masih dikata orang. Bile bercakap dengan mak aku ke or angah ke, or my fren ke, volumee rendah camne pun, diorang still rasa kuat lagi. Sabau je la..

Asyik nak ikut cakap orang je, lama – lama aku pun fed-up. Bengang, terasa, sakit hati.. ape – ape je la.. semua ade dalam hati ni.. Tapi since dah jadi mak orang ni, aku dah malas nak amik kisah.... apa orang nak cakap aku dah tak peduli... aku terima kekurangan diri ni seadanya....



Mende ni pun dah macam 'trademark' aku dah.... cerr tanya suara siapa yg macam petir tu...? diorang tau ler siapa orangnya..... hehe

Walaupun ade gak diorang sound pasal volumee aku ni secara berhemah.. aku takde la rasa diorang sengaja nak sakit kan hati aku macam mereka yang lain tu..

Jadi.. moralnye, terima la segala ape yang telah ALLAH berikan pada kita, hargainya.. tak payah amik peduli pun orang nak kata ape.. bukan kita buat dosa pun kan..kann..?






Selasa, 3 Mei 2011

Makan–makan time.. restoran Mat Zain, Bahau!

Sebenarnye dah lama aku pasang niat nak ajak my family makan – makan sesama secara gotong - royong nih.

Kebetulan lak hujung minggu ni kan cuti Hari Buruh. Adik – beradik aku pun semua ada kat kampung. walaupun tak merancang pun nak wat makan – makan, kitorang redah je. Plan last minit! hehee..

Sebab biasanya bila plan awal-awal, ada je yang tak dapat join. Ada je halnya. Kali ni ‘gamble’. Awal – awal kitorang dah pi serbu restoran tom yam kat Bahau tu. Restoran Mat Zain namo ehh ! 

Memang popular restoran ni. Masa kitorang tengah makan, orang yang datang tak putus – putus. Yang best pasal restoran ni kan, walaupun ramai orang yang datang sampai hampir penuh table kat situ, serving food and drink sangat la aku puji. Kita tak payah nak tunggu lama – lama. Tekak tak sempat nak kering menunggu, diorang dah anta air. Selang beberapa minit, makanan pun sampai.

Memang aku sangat puas ati. Harga pun berpatutan..

Sementara menunggu, sempat gak la cik jijah ‘snap’ gambo kitorang pakai kamera baru dia. ( Katanyer, hobi baru.. he3 )

bahau makan restoran mat zin

Dear my cik jijah, thanks for this beautiful photo. Aku sangat suka. Walaupon cik jijah bukannye ‘pro’ sangat, masih try and error menggodek kamera baru tu lagi.. he3.. tapi.. I sangat suka.. By the way, this cik jijah is actually my sister..


Si abang ni memang suka sangat bergambo. macam – macam pose dia leh bagi. he3...
Abih je ‘snap-snap’ gambo nih, minuman pun sampai. Followed by the food yang kitorang pesan tadi.

Sebenarnya time ni perut aku memang sangat tak selesa sejak kena cirit – birit  sehari sebelumnya. Memang tak dapat enjoy sangat la nak makan.

bahau makan restoran mat zin

Walaupun sakit perut, nak jugak aku minum air fresh oren ni. Memang cari penyakit. ( Kesannye, pukul 12 tengah malam sampai kul 1 lebih  aku asyik ‘memerut’ kat toilet.. huhh.. sabau je ler. )



bahau makan restoran mat zin

Fa'el ni masa kitorang sampai restoran tu lagi dia dah tido lena . My hubby yang dok pegang sambil makan. Time kitorang dah selesai makan baru la dia bangun. Tengok la muka dia. muka mamai lagi. Aku suap, dia makan gak la. Masa ni de lagi lauk yang kitorang tak dapat nak abihkan sebab masing – masing dah kenyang. Mujur la si kecik ni bangun. Dia lah penyambungnye..he3

Masa ni memang dia mengantuk lagi. Siap merengek.Tapi.. Makan tetap makan… he3..cian anak mak.. muaahh!!